Ibu bapa berang buat laporan polis setelah pelajar dihukum guru kerana tak nak solat berjemaah.
Berita mengenai seorang guru Pendidikan Agama islam (PAI) SMK Negeri 1 Taliwang, Sumbawa Barat, Akbar Sarosa yang dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh ibu bapa muridnya sendiri menjadi bualan banyak pihak.
Tindakan ibu bapa tersebut susulan daripada hukuman yang diberikan oleh Akbar kepada seorang murid yang enggan solat Zuhur secara berjemaah.
Kronologi kejadian bermula ketika Akbar Sarosa meminta pelajarnya untuk melaksanakan solat Zuhur secara berjemaah.
Tetapi, tiga pelajar enggan berbuat demikian. Akbar cuba menegur mereka, namun teguran tersebut tidak diendahkan. Akhirnya, ketiga-tiga pejajar tersebut dihukum dengan cara dipukul di telapak tangan dan bahu.
Hukuman yang dikenakan itu menuai protes daripada salah seorang orang tua pelajar yang merasa tidak puas dengan perlakuan tersebut.
Orang tua tersebut melaporkan Akbar ke pihak berkuasa dan menuntut ganti rugi sebanyak Rp 50 juta (RM15,000) atas tindakan yang dianggap tidak sepatutnya terhadap anak mereka.
Kejadian ini dikongsikan oleh seorang wargamaya di TikTok.
@deni_ali28 Sedih sekali melihat keadaan Guru Saat ini. Semuanya Serba Salah😢 #savepakakbar #pgri #pgrisumbawabarat #gurusmk1sumbawabarat ♬ suara asli – Deni Ali“Cikgu Akbar dilaporkan oleh orang tua pelajar kerana anaknya dihukum lantaran tidak mahu disuruh solat.
“Semoga Cikgu Akbar mendapatkan keadilan,” tulis individu tersebut dalam videonya.
Dalam pada itu, akaun TikTok berkenaan turut memuat naik video aksi solidariti guru di Sumbawa, Nusa Tenggara Barat.
“Tindakan solidariti antara PGRI Kabupaten Sumbawa Barat dan Kabupaten Sumbawa NTB untuk Cikgu Akbar.
“Semoga Cikgu Akbar bebas daripada segala tuntutan undang-undang. Amin,” tulisnya dalam kapsyen.
Baca Lagi:Tak pernah tengok, lelaki ini tunjuk bagaimana proses lori sampah kosongkan muatan di tempat pelupusan sampahMisteri lelaki hilang ketika COD iphone terjawab, rupanya ini sebab sebenar..Ada Sarjan pakai Alphard, Mercedes! Ada sanggup ‘Bunuh’ rakan sebab duit imbuhan! – Pengarah JSJ Bukit Aman bersuara