Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza

Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza.

Pasangan suami isteri yang juga siswazah di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) bersama empat anak mereka meninggal dunia akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, kelmarin.

Usim dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya sejam yang lalu berkata, perkara itu disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H M Mahariq.

“Usim melahirkan rasa dukacita di atas pemergian dua siswazah dan lebih 20 orang ahli keluarga mangsa akibat serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin pada pagi Ahad yang lalu.

“Salam takziah daripada seluruh warga Usim, moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman,” kata kenyataan itu.

USIM dalam kenyataan sama turut memaklumkan, serangan bom itu berlaku di perkampungan didiami mereka, di Bait Hanon kira-kira 8 pagi, Ahad lalu.

“Dalam kejadian itu, hanya seorang anak mangsa dilaporkan terselamat.

“Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam, turut terkorban adalah 20 ahli keluarga mangsa,” katanya.

Tambahnya, Mohammed J H Alzaanin baharu sahaja selesai menjalani sesi viva di Usim pada 5 Julai lalu, manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian sama pada 23 Oktober depan.

Dalam pertempuran yang bermula Sabtu lalu, jet Israel terus mengebom kawasan Palestin di Bandar Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 560 orang termasuk berpuluh-puluh kanak-kanak terbunuh, manakala 2,900 orang cedera, demikian.

Baca Lagi:Misteri lelaki hilang ketika COD iphone terjawab, rupanya ini sebab sebenar..Dah lah tak bayar sewa, tuan rumah datang nak bincang, penyanyi popular keluar bawa parangFuhh padu!! Tam Spider goreng gitar dengan anak sambil nyanyi lagu “Still Got The Blues” raih perhatian ramai

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments