Lelaki hilang selera makan peniaga hidang ‘nasi ayam berbulu’

Lelaki hilang selera makan peniaga hidang ‘nasi ayam berbulu’.

Alangkah luluhnya hati apabila melihat makanan yang mahu dijamah berada di dalam keadaan yang tidak seperti diharapkan.

Berganda rasa kecewa lebih-lebih lagi ketika perut sangat lapar.

Itulah nasib malang yang menimpa seorang lelaki apabila nasi ayam yang dibelinya daripada sebuah kedai makan tidak disajikan dengan bersih.

Mana tidaknya, dia mendakwa jelas kelihatan helaian bulu pada daging ayam yang diletakkan sekali di dalam bungkusan bersama dengan nasi.

“Hajat hati nak makan nasi ayam hainan Batu Burok hari ini. Sampai-sampai pukul 5 petang, dah tutup. Selang dua tiga kedai nampak banner nasi ayam… bungkus satu

“Tengah semangat buka, nampak macam ni ayamnya. Basuh tak ayam ni? Nampak banyak tu bulu, bukan seurat. Rezeki kucing lah ni,” tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Kuala Terengganu Residen.

Lelaki tersebut turut memuat naik dua keping gambar, memaparkan nasi ayam yang dibeli daripada kedai tersebut untuk menyokong dakwaannya.

Kelihatan beberapa urat bulu pada bahagian sayap ayam, menunjukkan ia tidak dicabut dan dibersihkan sebelum dimasak.

Bagaimanapun lelaki tersebut tidak mendedahkan lokasi serta harga nasi ayam yang dibelinya itu.

Kalau pengotor, pintu rezeki pun sempit.

Kecewa kerana tidak dapat menikmati makanan tersebut, dia bagaimanapun menitipkan pesanan kepada para peniaga supaya tidak mengabaikan soal kebersihan ketika mengendalikan makanan yang ingin dijual.

“Kepada orang yang berniaga, tolong jaga kebersihan. Nak jual, buat macam yang kita nak makan sendiri. Jangan buat macam ni, tak berkat rezeki,” tulisnya lagi.

Perkongsian lelaki tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman hampir sama.

“Pernah kena macam ni dulu. Apabila complaint dekat kedai tu, mulalah buat muka. Kita nak makan tak sedap, lepastu kata kita bising benda remeh.

“Masa cuci, goreng, memotong dan masa membungkus… terlepas pandang belaka. Kalau ikutkan, waktu kendalikan ayam tu banyak step, boleh nampak kalau ada bulu.

“Buat kerja cuai, tahu nak kaut untung je.

“Kalau pengotor, pintu rezeki pun sempit,” demikian antara komen netizen.

Baca Lagi:Uncle umur 58 tahun kalahkan 400 peserta, menang cabaran makan ayam pedas berapi level 5!“35 tahun hidup, first time makan ikan goreng sedap” – Wanita ini kongsi rahsia ikan goreng mak mertua memang padu!Tiada elektrik, air, terpaksa guna bateri kereta untuk dapatkan internet – Dr Nurul Ain kongsi situasi genting di Gaza

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments