Tripod beralih kedudukan secara sendiri di apartmen terbiar, anggota kumpulan paranormal cabut lari

Tripod beralih kedudukan secara sendiri di apartmen terbiar, anggota kumpulan paranormal cabut lari.

Tiga anggota kumpulan paranormal terkejut apabila mendapati sebuah tripod milik mereka bergerak dengan sendiri di bangunan pangsapuri Lembaga Pembangunan dan Perumahan Awam (HDB) Sin Ming, Singapura yang kosong tanpa penghuni, lapor laman berita MSN News semalam.

Ketiga-tiga anggota paranormal itu berada dalam keadaan ketakutan apabila menyedari tripod yang mereka tinggalkan di tepi tangga di tingkat 11 telah bergerak dan dapat dilihat dari hujung koridor yang panjang.

Sambil menunjuk ke arah tripod itu, salah seorang daripada mereka bertanya: “Itu tripod kita, bukan?”

Dalam teks pada skrin, kumpulan itu menjelaskan bahawa mereka pada mulanya meletakkan peralatan itu berhampiran tangga sebelum ia beralih ke tempat lain.

Sementara itu, dalam video susulan, kumpulan paranormal tersebut meneruskan penyiasatan mereka dan menemui kejadian yang lebih misteri seperti satu pintu unit pangsapuri tersebut tiba-tiba ditutup dengan kuat serta menyedari bahawa ada seseorang mengekori mereka.

Bagaimanapun, mereka menamatkan video itu dengan menyatakan bahawa bahagian ketiga penggambaraan di bangunan pangsapur terbiar tersebut akan diterbitkan tidak lama lagi.

@aftermidnightsg Abandoned Block in Singapore #abandoned #weird #ghost #haunted #sgtiktok ♬ Creepy horror ambient(1022762) – howlingindicatorBaca Lagi:Fuhh padu!! Tam Spider goreng gitar dengan anak sambil nyanyi lagu “Still Got The Blues” raih perhatian ramaiWanita buat laporan polis, dakwa penyanyi popular era 90-an gagal jelas tunggakan sewa RM3,000, bil elektrik RM6,770“Tak payah jadi coach kalau nak mengamuk”, jurulatih badminton baling kerusi kepada pemain

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments