‘Satu Malaysia kenal nama saya’ – Muhammad Aqil Naufal terharu namanya disebut PM

‘Satu Malaysia kenal nama saya’ – Muhammad Aqil Naufal terharu namanya disebut PM.

“Terima kasih PM (Perdana Menteri). Satu Malaysia kenal nama saya,” kata kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) fizikal Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, apabila namanya disebut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, kelmarin.

Kisah Muhammad Aqil yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lepar Utara 1, Jerantut, Pahang itu tular selepas mempamer semangat kesukanan walau dalam kekurangan hingga menjadi inspirasi ramai pihak.

Menurutnya, dia tidak menjangka namanya disebut selain berasa terharu atas keprihatinan diberikan kerajaan.

“Ketika itu saya berada dalam kereta bersama mak yang dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan. Saya tanya betulkah itu nama saya? Mak cakap ya. Memang tak sangka dan terharu sebab PM pula yang sebut,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu ibu Muhammad Aqil, Noor Hafizah Mat Desa, 36, berkata dia bangga apabila kisah anaknya disebut di Parlimen pada peristiwa besar negara.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai Menteri Belia dan Sukan supaya menonton pembentangan Belanjawan 2024. Jadi, dalam perjalanan itu memang tak lepaskan peluang. Sebagai ibu saya bangga nama anak disebut oleh Perdana Menteri dan dalam Parlimen pula.

“Sejujurnya, memang terharu dan tak sangka. Bagi saya, ini bukan untuk anak saya saja, tapi untuk semua anak dan insan istimewa senasib Aqil. Walaupun nama anak saya disebut, saya yakin ia turut memberi inspirasi buat semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noor Hafizah berkongsi kaki palsu anaknya yang disumbangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Sukan Negara (ISN) sudah siap.

“Mereka dah ambil ukuran kaki pada awal September lalu. Saya dimaklumkan kaki palsu pun dah siap dan Insya-Allah, pada 16 Oktober ini dah boleh cuba. Bersyukur dan gembira kerana ada pihak yan sudi membantu. Sebab macam yang kita tahu, kos nak dapatkan kaki palsu agak tinggi.

“Insya-Allah, tidak lama lagi dah boleh tengok Aqil berjalan macam orang lain. Walaupun tidak normal, tapi ia tetap sempurna di mata saya. Dapat melihat dia berjalan adalah satu kegembiraan. Aqil pun dah tak sabar,” katanya.

Terdahulu, pada pembentangan Belanjawan 2024, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cita-cita Muhammad Aqil untuk bermain boleh sepak kini tercapai.

“Saya pasti semua telah menyaksikan kisah inspirasi adik Aqil Naufal, murid SK Felda Lepar Utara 1, Pahang yang mempamerkan semangat kesukanan walaupun dalam kekurangan.

“Impian Adik Aqil untuk bermain boleh sepak tercapai setelah mendapat bantuan kerajaan dan dorongan daripada Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (Mafa),” katanya.

Baca Lagi:Wanita bingung lagi 3 minggu nak kahwin duit belanja kenduri lesap selepas tekan link di applikasi telegramPeti ais anda boleh meletup! jika 4 barang ini ditempatkan di dalam peti aisRamai yang malu nak bertanya 6 soalan ini berkaitan Poligami

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments