Lelaki temui beg berisi sejuta keping duit syiling ketika bersihkan rumah mertua

Lelaki temui beg berisi sejuta keping duit syiling ketika bersihkan rumah mertua.

Sebuah keluarga yang sedang membersihkan rumah mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat, secara tidak sengaja menemui beberapa beg berisi sejuta keping duit syiling (penny).

John Reyes berkata bahawa dia sedang membersihkan rumah bapa mentuanya ketika menemui duit berkenaan.

Beg-beg berkenaan masih belum pernah dibuka.

“Saya dihubungi oleh beberapa pengumpul syiling atau mereka yang pakar dalam bidang ini dan berdasarkan beberapa soalan yang diajukan kepada saya, seperti mempunyai beg tersegel dengan timah atau beg dari bank yang tidak dikenali, mengetahui bahawa syiling-syiling ini sekurang-kurangnya berusia 40 tahun atau lebih.

“Saya telah menerima maklum balas daripada beberapa pengumpul yang memberitahu saya bahawa ia tidak sepatutnya dijual sehingga kita tahu apa yang sedang berlaku,” United Press International (UPI) memetik kenyataan Reyes ketika ditemubual FOX 11.

Menurut New York Post, keluarga terbabit mendakwa bahawa syiling-syiling itu diperbuat daripada kuprum dan bukan zink.

Reyes telah menyiarkan iklan menjual syiling-syiling berkenaan di OfferUp, sebuah laman sesawang jual beli, dengan harga AS$25,000 (RM115,350).

“Nilainya terletak pada keunikan,” katanya.

Baca Lagi:“Anda telah musnahkan negara ini, berambus dari sini!” – Menteri Israel dihalau ketika lawat hospitalGadis 28 tahun mengaku ‘ketagih’ makan bedak muka selama 13 tahun“Saya makan atau mengunyah selipar apabila stres” – Lelaki suka makan selipar selepas dibuli pelajar senior

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments