Nenek temui cucu 6 tahun maut dalam mesin basuh

Nenek temui cucu 6 tahun maut dalam mesin basuh.

Luluh hati seorang nenek apabila menemukan cucunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, di sini, semalam.

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu terbabit disahkan sudah meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima laporan pada 11.44 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ada bersama ahli keluarga lain di dalam rumah semasa kejadian.

“Bagaimanapun, dia ditemukan di dalam mesin basuh oleh neneknya jam 9.30 pagi.

“Mangsa dihantar ke hospital oleh ambulans namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.02 pagi hari ini (Isnin),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Baca Lagi:Wanita bingung lagi 3 minggu nak kahwin duit belanja kenduri lesap selepas tekan link di applikasi telegramGadis 28 tahun mengaku ‘ketagih’ makan bedak muka selama 13 tahunMcDonald’s sumbang ribuan makanan percuma kepada tentera Zionis Israel

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments