Seram! Wanita sedang solat di R&R terkejut bahu ditepuk ‘makcik’ misteri tegur salah kiblat

Seram! Wanita sedang solat di R&R terkejut bahu ditepuk ‘makcik’ misteri tegur salah kiblat.

Hentian Rehat dan Rawat (R&R) adalah kemudahan yang disediakan untuk pengguna jalan raya beristirahat terutamanya selepas jauh memandu.

Namun, R&R juga sering dikaitkan dengan gangguan atau cerita mistik mungkin kerana lokasinya yang biasanya jauh dari penempatan orang ramai.

Melalui satu perkongsian di X, seorang wanita menceritakan pengalaman misteri yang dilaluinya ketika sedang menunaikan solat di sebuah surau R&R.

Gambar hiasan

Menurut wanita itu, ketika memasuki surau keadaannya agak sunyi dengan hanya ada bunyi kipas ‘menemani’.

‘Waktu tu dah pukul 11 malam saya berhenti solat di R&R, bila saya masuk surau, saya nampak ada seorang makcik tengah buka telekung baru habis solat.

“Saya pun buat macam biasa, letak barang dan pergi ambil wuduk. Makcik tadi dah keluar, jadi tinggal saya seorang dalam surau tu. Rasa ngeri tu mula timbul, tambahan pula lampu dekat tempat wuduk tu berkelip-kelip.

“Rasa dah nak terbakar kot lampu tu, dari awal saya masuk lagi memang dah macam tu. Fikiran ni dah mula fikir macam-macam senario. Overthink habis.

“Saya duduk rasa macam ada benda memerhati saya dari tempat gantung telekung tu, padahal tak ada apa pun,” cerita wanita itu mengimbas semula kejadian.

Enggan melayan fikirannya, wanita itu terus menunaikan solat, namun kemudian berlaku sesuatu yang membuatkan dia berasa cemas.

Ada satu R&R ni menghala KLIA memang banyak jin, saya banyak kali dah terkena dekat situ.

“Saya pun solat macam biasa, tiba-tiba rasa sejuk, lepas tu meremang satu badan, tapi saya cuba tak fikir sangat sebab takut hilang khusyuk. Dah lepas rakaat pertama, tiba-tiba rasa macam bahu kena sentuh.

“Saya cuba sedapkan hati itu mainan perasaan je, saya abaikan. Tapi berkali-kali pula ‘dia’ pegang bahu ni, sah bukan saya bermimpi ke apa. Berderau darah ni, hanya Tuhan je tahu perasaan.

“Bercampur-baur reaksi ni. Terus hilang tumpuan solat sebab fikir apa ‘benda’ yang ada dekat belakang ni. Jujur saya takut nak toleh belakang, jadi saya buat tak tahu je dan cuba teruskan solat.

“Saya dalam hati kuat merasakan ‘benda’ tu bukan manusia sebab memang saya seorang je dalam surau ni, makcik tadi dah keluar lama, tak ada pula dengar bunyi pintu dibuka atau tapak kaki kalau ada orang baru masuk,” kata wanita itu

Detik menyeramkan wanita itu mencapai kemuncaknya apabila satu tepukan yang kuat hinggap di bahunya.

“Dalam hati ni dah bersangka buruk macam-macam, fikir nak cepat habis je solat, jantung berdebar tahap gaban. Tiba-tiba bahu saya ni kena sentuh lagi, kali ni lebih kuat, dah macam kena tepuk.

“Saya tersentak dan terus pandang ke belakang, rupanya ada seorang makcik ni baru masuk, dia tegur saya salah kiblat solat. Saya macam lega juga la sebab ingatkan ‘benda’ lain, manusia rupanya. Selesai misteri.

“Cuma apabila saya terfikir balik sekarang, itu betul ke makcik? Sebab saya memang tak ada dengar sesiapa masuk surau. Kalau ada orang masuk, kita mesti boleh tahu, ada bunyi pintu dan tapak kaki.

“Tapi ini tak ada, senyap je, tahu-tahu makcik tu ada dekat belakang aku. Entah la siapa ‘makcik’ tu sebenarnya,” kata wanita itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya cuba membincangkan siapakah ‘makcik’ itu dan berkongsikan kisah mistik masing-masing di R&R.

“Pertama sekali, cara tegur kiblat ‘makcik’ tu salah. Kalau nak tegur kiblat, kita kena sebut ‘Subhnallah’ dan gunakan kedua-dua tangan untuk pusingkan orang tu ke arah kiblat yang betul.

“Ada satu R&R ni menghala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memang banyak jin, saya banyak kali dah terkena dekat situ.

“Mungkin jin Islam la tu, mana ada hantu nk masuk surau siap tegur arah kiblat,” kata sebahagian warga maya.

Baca Lagi:“Habislah, Wahid Senario pun kalah ni” – Budak 8 tahun tunjuk hebat tebar roti canai terbangTular video Kazar Saisi sarung cincin di jari Rosnah Mat Aris jadi tanda tanyaGadis 28 tahun mengaku ‘ketagih’ makan bedak muka selama 13 tahun

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments