Sokong Israel ke atau Palestin? Janna Nick tegur Baby Shima “Stop buat content macam ini, this is not a joke”

Sokong Israel ke atau Palestin? Janna Nick tegur Baby Shima “Stop buat content macam ini, this is not a joke”

Apa yang berlaku pada bumi Palestin memberi kesan kepada semua masyarakat Islam di seluruh dunia. Melihat bagaimana rakyat sana dibantai oleh rejim Zionis yang zalim dan tidak berperikemanusian meruntun hati sesiapa sahaja terutamanya umat Islam.

Hari demi demi hari, darah mengalir tanpa mengenal umur dan makhluk.

Melihat anak kecil, wanita serta warga tua cedera parah dan syahid, malah kucing sekalipun membuatkan hati remuk.

Walaupun kita yang berada di Malaysia ini tidak merasai secara langsung apa yang mereka lalui dan rasa, namun kesedihan itu tetap dirasai.

Sebagai umat Islam, sanggupkah kita melihat saudara seagama kita diperlakukan sedemikian? Sudah tentu tidak. Justeru, walaupun tidak dapat berjuang bersama mereka, cukup doa dan solidariti.

Bercerita mengenai solidariti atau sokongan terhadap rakyat Palestin, ada beberapa golongan selebriti Malaysia dilihat mengambil inisiatif menzahirkannya secara terbuka dalam media sosial. Ia satu tindakan berani dan wajar dicontohi.

Sedia maklum, kebanyakan media sosial adalah milik syarikat Yahudi. Risiko untuk media sosial anda disekat atau digantung adalah tinggi sekiranya anda menzahirkan secara terbuka penyokongan terhadap rakyat Palestin.

Antara selebriti atau artis popular yang menzahirkan solidariti dalam media sosial ialah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Wardina Safiyyah, Faizal Tahir, Baby Shima dan ramai lagi. Oleh kerana golongan selebriti mempunyai peminat ramai, impak hasil solidariti mereka akan menjadi ikutan dan contoh yang baik.

Namun, perkongsian atau solidariti yang ditunjukkan oleh penyanyi dangdut popular, Baby Shima dalam Instagram miliknya mengundang sedikit kekeliruan. Sekali pandang, poster yang dikongsi itu membuatkan orang ramai menyangka dia menyokong Israel. Namun, apabila diteliti dengan betul, adalah sebaliknya.

Mungkin kerana Baby Shima merupakan figura popular, ia mendapat perhatian sedangkan ada juga orang lain berkongsi poster yang sama.

Dalam poster tersebut kelihatan lambang bendera Israel dan di bawahnya tertulis perkataan Praying For Israel. Justeru, sekali pandang kelihatan menyokong Israel.

Namun di bawahnya lagi ada tertulis dengan perkataan yang lebih kecil ‘May Allah remove Isra-el from earth Ameen’ (semoga Allah menghapuskan Isra-el dari muka bumi).

Secara keseluruhannya, poster tersebut bukanlah menyokong Israel tetapi sebaliknya. Inilah yang menimbulkan salah faham pengikutnya dalam Instagram.

Hal itu juga menyebabkan rakan artis, Janna Nick tampil menegur Baby Shima agar menarik balik hantaran tersebut. ‘Stop buat content macam ini. This is not a joke,” tulis Janna dalam ruangan komen.

Sementara itu ramai yang menyokong tindak balas Janna kerana jelas hantaran itu mengelirukan. Malah ia kelihatan seperti mempermain-mainkan isu Palestin.

Ada juga peminat Baby Shima mempertahan penyanyi kesayangan mereka dengan menyuruh Janna dan yang lain-lain membaca dengan teliti. Tiada yang salah dengan hantaran tersebut.

Memandangkan rakyat Malaysia jenis yang tidak suka membaca sampai habis, hantaran tersebut boleh mengundang salah faham. Justeru, elakkanlah menggunakan hantaran tersebut sebagai tanda solidariti.

Namun, KitaReporters mendapati hantaran tersebut telah dipadam oleh Baby Shima. Cuma tinggal satu sahaja lagi hantaran yang mengelirukan seperti itu, tidak dipadam.

Baca lagi:Ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2023Pengarah terkenal, isteri mati berlumuran darah, mayat ditemui anak dalam rumahKanak-kanak nyaris maut dirempuh 2 kenderaan selepas terjatuh dari kereta buat pusingan U raih perhatian ramai

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments