Wanita nyaris diserang histeria terkejut temui haiwan berkaki empat dalam hidangan salad ikan salmon

Wanita nyaris diserang histeria terkejut temui haiwan berkaki empat dalam hidangan salad ikan salmon.

Seorang wanita nyaris diserang histeria kerana terkejut menemui seekor reptilia berkaki empat dalam hidangan salad ikan salmon yang dipesannya di sebuah restoran.

Laman berita Thaiger melaporkan, kejadian yang dikongsi di laman Facebook itu menarik perhatian netizen.

Wanita itu membeli salad salmon dihidangkan bersama sos ikan yang ditapai secara berasingan.

Selepas menuang sos, dia menemui seekor haiwan dan menyangka ia ikan yang ditapai. Bagaimanapun, sangkaannya meleset kerana haiwan itu memiliki empat kaki.

“Ini kisah benar, orang tidak akan meletakkan salamander dengan sengaja ke dalam salad ikan salmon.

“Pada awalnya saya menyangka ia ikan yang ditapai, tetapi selepas melihatnya, ia mempunyai empat kaki,” kata wanita itu.

Wanita itu kemudian melaporkannya kepada pihak restoran dan wangnya dikembalikan.

“Ia sangat menghantui. Saya tidak marah tetapi terkejut. Saya beritahu pihak restoran supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Ia membuatkan bulu roma saya meremang,” tambahnya.

Baca Lagi:Seram! Wanita sedang solat di R&R terkejut bahu ditepuk ‘makcik’ misteri tegur salah kiblatLelaki bina pagar setinggi 4.5 meter keliling rumah, 55 tahun tak keluar rumah kerana takut perempuanBolehkah pandu kenderaan di Malaysia dengan hanya memakai ‘selipar’? Ini penjelasan dari JSPT

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments