“Dah tak ada originaliti Ke?” – Hafidz Roshdi berang bekas isteri muat naik gambar manis ketika masih bersama untuk promote barang

“Dah tak ada originaliti Ke?” – Hafidz Roshdi berang bekas isteri muat naik gambar manis ketika masih bersama untuk promote barang.

Pelakon, Hafidz Roshdi tampil menegur bekas isterinya, Nurul Shuhada yang menggunakan foto lama mereka ketika masih bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafidz memohon Shuhada untuk segera menukar foto berkenaan atau memadam muat naik tersebut sebelum dia mengambil tindakan.

“Macam dah tak ada originaliti, tak ada gambar lain. Saya rasa boleh delete, tukar dengan gambar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnyalah,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Shuhada menjadi sebutan didakwa masih belum move on gara-gara berkongsi foto lama didukung jejaka dipercayai Hafidz dalam video promosi produk kurus.

Meskipun wajah jejaka tersebut ditutup dengan emoji, namun netizen mengkritik Shuhada belum boleh melupakan kisah silamnya bersama Hafidz.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, Shuhada telah memadam perkongsian tersebut.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz berkahwin pada 30 April 2016, namun perkahwinan mereka terlerai dengan talak satu pada 27 Julai lalu selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak Februari.

Hasil perkahwinan mereka pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber

Baca Lagi:Sokong Israel ke atau Palestin? Janna Nick tegur Baby Shima “Stop buat content macam ini, this is not a joke”Ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia 2023Bini suruh jaga anak, sekali bapa buat hal sampai tular video anak di TikTok

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments