Pemandu ambulans bawa pesakit tenat berhenti ambil pisang goreng disiasat

Pemandu ambulans bawa pesakit tenat berhenti ambil pisang goreng disiasat.

Sebuah hospital di Nakhon Nayok, Thailand mengarahkan siasatan dilakukan berhubung insiden seorang pemandu ambulansnya berhenti untuk mengambil pisang goreng daripada penjaja tepi jalan ketika membawa pesakit, lapor portal berita Thai PBS World semalam.

Berikutan insiden itu, pihak hospital menghantar wakilnya untuk memohon maaf kepada keluarga pesakit tersebut, Sommai Thongkerd, 64.

Dia menaiki ambulans tersebut kerana mengalami kesukaran bernafas pada Jumaat lalu.

Dalam perjalanan ke hospital, pemandu berkenaan berhenti sebentar untuk mengambil pisang goreng daripada penjaja tepi jalan.

Pemandu itu dilaporkan memesannya menerusi internet dan memberitahu penjaja untuk menyerahkan makanan tersebut ketika dia dalam perjalanan ke hospital.

Anak perempuan Sommai, Suchada Mali, 32, yang berada dalam ambulans bersama bapanya yang sakit memerhatikan kejadian tersebut.

Insiden terbongkar selepas wanita berkenaan mengadu mengenainya di media sosial selepas aduan kepada pihak hospital tidak membuahkan hasil.

Pada Isnin lalu, pihak hospital mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa ambulans tersebut cuma berhenti selama tiga saat.

Sommai dimasukkan ke hospital untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang pada keesokan harinya selepas keadaannya kembali normal.

Baca Lagi:Sabri Yunus jawab isu pernikahan dengan Angeline Tan tidak sah: “Berat Tuduhan Berzina…”Bini suruh jaga anak, sekali bapa buat hal sampai tular video anak di TikTokPengarah terkenal, isteri mati berlumuran darah, mayat ditemui anak dalam rumah

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments