“Saudara saya perempuan dan lelaki dibunuh di Palestin, kini saya pula diugut bunuh kerana sokong Palestin” – Perenang Mesir.
Perenang Mesir mendakwa terima ugutan bunuh selepas menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang regim Israel.
Abdelrahman Sameh yang turut dikenali Abdelrahman Elaraby menjuarai acara 50 meter kuak kupu-kupu di kejohanan Piala Dunia Akuatik 2023 berlangsung di Greece minggu lalu tetapi berkata sukar meraikannya selepas berdepan minggu yang sukar.