Senarai jenis ular suka masuk dalam rumah, No. 1 & 2 paling bisa dan bahaya

Senarai jenis ular suka masuk dalam rumah, No. 1 & 2 paling bisa dan bahaya.

Haiwan ini sememangnya menjadi mimpi ngeri sesetengah manusia. Tambah-tambah lagi, fenomena ular masuk ke dalam rumah bukanlah sesuatu perkara yang biasa. Lebih-lebih lagi sekarang musim panas dan hujan yang tidak menentu.

Kalau ada yang nampak ‘confirm’ cabut lari. Mungkin ada yang terpaksa memanggil anggota Bomba dan JPAM untuk menangkapnya.

Jadi, sebelum itu korang harus dan wajib untuk ketahui lebih lanjut antara jenis ular yang sering menjadi kediaman kita sebagai tempat habitatnya. Selepas ini, kalau korang terjumpa haiwan ini minta untuk berhati-hati dan tidak memberi ancaman kepada mereka kerana jika tidak ia akan memberi kesan buruk kepada manusia.

Ikuti perkongsian daripada laman Facebook, Mije Snakemaster ini untuk lebih lanjut dan kenali jenis-jenis ular yang sering menjadi kediaman kita sebagai tempat berlindung mereka.

Selalunya hanya beberapa spesis ular sahaja yang masuk ke rumah kediaman manusia. Ular-ular ini mungkin habitatnya memang berhampiran rumah kita.

1. Ular Senduk (monocled cobra) dan Ular Senduk Sembur (spitting cobra)

2. Ular Tedung Selar (king cobra)

3. Ular Sawa (python)

4. Keluarga ular tikus (rat snake)

5. Keluarga ular selinsing (racer snake)

6. Keluarga ular lidi/daun/pucuk (Bronzebacks/Whip snakes)

7. Keluarga ular pokok (flying)

8. Keluarga Ular Sampah (wolf snake) dan Ular Siput (slug snake)

Namun begitu ada juga kes-kes terpencil Ular Kapak, Ular Air, Ular Katam, Ular Kucing dan beberapa spesis lain. Harus kita ingat habitat ular bukannya di rumah. Mereka datang ke rumah kita hanyalah semata mencari perlindungam dan makanan (niat mereka baik).

Daripada senarai ular masuk rumah di atas

Hanya nombor (1) (2) sahaja yang BERBISA MERBAHAYASementara nombor (3) adalah TIDAK BERBISA TAPI BERBAHAYABagi nombor (4) (5) adalah TIDAK BERBISA tapi boleh mencederakan (tak teruk) jika diganggu kerana mereka akan cuba melarikan diri dan sangat defensif.Manakala nombor (6) (7) (ada yang hanya bisa untuk makanannya sahaja dan langsung tidak akan mengancam manusia malah mereka juga akan lari keluar dengan sendiri.Baca Lagi:Seram! Wanita sedang solat di R&R terkejut bahu ditepuk ‘makcik’ misteri tegur salah kiblatLelaki temui beg berisi sejuta keping duit syiling ketika bersihkan rumah mertua‘Siapalah punya kerja nie’ wanita menggigil jumpa kamera pada pelekat ‘flush rosak’ di tandas stesen minyak

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments