Syamimia terus diboikot, tak sampai 24 jam hilang 160,000 pengikut

Syamimia terus diboikot, tak sampai 24 jam hilang 160,000 pengikut.

Pempengaruh media sosial, Syamimia terus ‘diboikot’ pengguna TikTok apabila jumlah pengikutnya kini berkurangan kepada 934,400 dalam tempoh 24 jam.

Tinjauan Kosmo! mendapati, daripada 1.1 juta pengikut sebelum ini, ia berkurangan kepada kira-kira 985,000 setakat tengah hari semalam, dan kini menjadi 934,400 pengikut.

Syamimia juga dilihat membuka kembali ruangan komen di TikTok selepas dia menutupnya malam tadi, selain turut memuat naik video baharu seperti biasa.

Difahamkan, tindakan pengikutnya ‘memboikot’ dengan ‘unfollow’ TikTok Syamimia selepas dia didakwa tidak berkongsi dan cakna mengenai nasib yang menimpa rakyat di Palestin ketika ini.

Dalam masa sama, pelbagai maklum balas yang mengecam selain ada juga pengguna media sosial memberi nasihat dan semangat pada ruangan komen di video dimuat naik wanita tersebut.

“Saya hari-hari ‘stalk’ TikTok kak sebab nak tengok ‘followers’ kak berapa hahaha,” sindir MRe LowerOp¹.

“Kejap katup (tutup), kejap buka komen. Berdamailah dengan keadaan, okey,” komen Qis.

“Hai Mimi, cadangan saya buat masa sekarang, baik Mimi rehat dulu daripada guna semua sosial media. Rehat la dulu sementara reda,” komen Jenatha.

“Kekal kuat ya Syamimia, jadikan apa yang berlaku ni sebagai pengajaran. Jangan berputus asa untuk terus berkarya,” kata seorang pengguna memberi semangat.

Baca Lagi:Sokong Israel ke atau Palestin? Janna Nick tegur Baby Shima “Stop buat content macam ini, this is not a joke”‘Hanya fikir mati kerana sel kanser merebak pada payudara’ – 2 wanita kongsi kisah perjuangan lawan kanser payudaraIkan patin bau busuk seperti bangkai, pelanggan kecewa kena bayar RM25

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments