Pelajar tampar rakan kerana berang gambar dimuat naik ke media sosial

Pelajar tampar rakan kerana berang gambar dimuat naik ke media sosial.

Berang gambarnya dimuat naik di laman sosial TikTok dikatakan menjadi punca seorang pelajar perempuan bertindak menampar seorang pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini.

Tindakan pelajar perempuan berusia 17 tahun terbabit tular di media sosial hari ini, selepas rakaman video kejadian itu dikongsi seorang wanita yang mendakwa ibu mangsa.

Rakaman berdurasi 57 saat itu menunjukkan pelajar perempuan memarahi dan menampar muka mangsa beberapa kali.

Wanita menggunakan akaun Facebook Waheeda Airny Anwar itu memuat naik video berkenaan dan meminta individu yang mengenali pelajar terbabit atau ahli keluarga supaya menghubunginya.

Susulan itu, wanita terbabit memuat naik satu lagi rakaman video berdurasi dua minit 12 saat yang menunjukkan satu pertemuan diadakan bersama remaja terbabit dan remaja itu mengakui kesilapannya.

Selain itu, wanita terbabit turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, setakat jam 12 tengah malam ini, usaha Harian Metro mendapatkan ulasan daripada Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan belum berhasil.

Babi punya budak pic.twitter.com/3TKQ04mE3X

— PU Ian Miles Cheong (@FUZZTHEGREAT69) October 20, 2023

Baca Lagi:Satu keluarga dapat jackpot selepas beli tiram di pasarLelaki simpan 19 ribu video, gambar lucah kanak-kanak dipenjara 6 bulan denda RM2,500Syamimia terus diboikot, tak sampai 24 jam hilang 160,000 pengikut

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments