“Rupanya Itachi berasal dari Malaysia”- Lelaki makan ditemani burung gagak di kedai mamak raih perhatian

“Rupanya Itachi berasal dari Malaysia”- Lelaki makan ditemani burung gagak di kedai mamak raih perhatian.

Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki sedang makan di sebuah restoran mamak sambil menyuap seekor burung gagak telah tular di media sosial.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @lilgoddanny dan kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah restoran mamak yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya.

Menerusi video terbabit, lelaki itu kelihatan tenang menjamu selera sambil ditemani oleh seekor burung gagak yang bertenggek di atas bahunya dan dia juga turut memberikan burung gagak itu makanan.

Perkongsian video telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menyamakan lelaki terbabit dengan watak animasi Jepun Itachi.

@lilgoddanny Adik beradik itachi ka bang semart woo #fypシ ♬ Itachi – RazukoBagi anda yang tidak tahu, watak Itachi di dalam siri itu merupakan seorang lelaki yang memiliki kebolehan yang luar biasa dengan burung gagak sebagai haiwan penemannya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan mungkin burung gagak itu sudah terlatih sebab itu ia tidak terbang.

Baca Lagi:‘Eiza, sila keluar esok!’ – Penyanyi Shila Amzah beri amaran kepada teman wanita Syahir keluar dari banglo miliknyaWanita Malaysia kongsi pengalaman kahwin dengan lelaki Bangladesh, komen netizen pula jadi perhatianSelepas tular lagu Nur Nilam Sari ditukar kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’, M Nasir tampil bersuara

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments