Usahawan tudung hadiahkan kereta BMW untuk kucing jadi perhatian ramai

Usahawan tudung hadiahkan kereta BMW untuk kucing jadi perhatian ramai.

Seorang usahawan tudung dan pempengaruh media sosial, Haliza Maysuri menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW kepada kucing peliharaannya yang diberi nama Money.

Perkara itu tular di media sosial selepas satu klip video dimuat naik Haliza melalui laman Instagram miliknya, memaparkan majlis penyerahan kereta tersebut.

Dalam klip video itu, kelihatan Money turut mengenakan sepasang gaun merah yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal iaitu Man Kajang.

“Hari ini Money dapat kejutan dari papa. Papa beli kereta baru,” katanya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Money menerima layanan seperti seorang puteri, malah kucing bertuah itu pernah menerima rantai emas bernilai RM25,850.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengucapkan tahniah kepada Haliza dan suaminya serta Money.

“Untungnya jadi Money dapat BMW, tahniah puan dan suami,” kata Jamilah.

“Bertuah Money dan comel sangat. Alhamdulillah di atas segala rezeki yang dikurniakan untuk puan,” ujar Ummi.

“Comel betul gaun itu, cemburu kita Money dapat naik kereta BMW dulu,” kata Tiena.

Baca Lagi:Bahaya! Jangan amalkan picit jerawat, cabut bulu hidung, boleh undang penyakit angin ahmar!Kenapa kad kredit & kad debit ada tarikh luput?, ini sebabnya yang ramai tak tahuBil elektrik tetap murah kalau pakai aircond lebih pada 3 di rumah, ini caranya

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments