“Fesyen apa itu? Kenapa Aizat jadi begini?” – Fesyen pelik penyanyi Aizat Amdan jadi bualan hangat netizen

“Fesyen apa itu? Kenapa Aizat jadi begini?” – Fesyen pelik penyanyi Aizat Amdan jadi bualan hangat netizen.

Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi Aizat Amdan tiba-tiba menjadi bualan hangat netizen selepas muncul dengan fesyen pelik pada konsert Yunaverse yang berlangsung di ibu negara malam tadi.

Tampil membuat persembahan pada konsert tersebut, Aizat atau nama penuhnya Muhammad Aizat Amdan, 34, menggayakan baju berwarna biru dan dipadankan dengan korset serta seluar pendek berona metalik.

Selain busana yang dikatakan aneh, pelantun lagu Sampai Ke Hari Tua itu juga turut menerima kritikan kerana memakai beberapa utas rantai yang sememangnya dilarang dipakai oleh kaum lelaki beragama Islam.

Rentetan daripada itu, fesyen yang digayakan Aizat itu disamakan seperti penyanyi popular antarabangsa, Sam Smith yang sebelum ini sering dikritik kerana kerap menggayakan fesyen pelik setiap kali membuat persembahan.

Rata-rata terkejut malah ada yang kecewa kerana Aizat tampil dengan fesyen sebegitu.

WHAT HAPPEN TO AIZAT AMDAN 😭💀 pic.twitter.com/gIJ2Cpwlh1

— Dany ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ (@mashikaramel) October 23, 2023

“Aizat okey tak? Cukuplah Sam Smith sahaja yang begitu, janganlah tambah seorang lagi di Malaysia.

“Fesyen apa itu? Kenapa Aizat jadi begini?” soal netizen yang terkejut dengan penampilan bekas bintang Akademi Fantasia itu.

Baca Lagi:Nampak sama buat ramai yang keliru antara lebah dan tebuan, ini perbezaan yang ramai tak tahuGuru taska paksa budak makan muntah sendiri pada hari lahir dikecam netizenRakyat Malaysia gaduh dengan rakyat Indonesia sebab menu Patin Tempoyak, rupanya bukan asal dari negeri Pahang?

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments