Tayang kemewahan luar biasa, pelakon wanita dipantau Bank Negara, disyaki terlibat penggubahan wang haram

Tayang kemewahan luar biasa, pelakon wanita dipantau Bank Negara, disyaki terlibat penggubahan wang haram.

Memiliki kehidupan yang serba mewah sering menjadi impian bagi kebanyakan individu. Ini kerana dengan kekayaan yang dimiliki, seseorang itu mampu membeli apa sahaja yang dikehendakinya tanpa perlu memikirkan tentang wang ringgit.

Namun, untuk sampai ke tahap ini, pelbagai usaha dan kerja keras perlu dilakukan. Sejujurnya adalah agak mustahil ia boleh dikecapi hanya dengan duduk diam sahaja.

Pun begitu, ada juga segelintir individu yang sanggup menggunakan jalan pintas dengan melakukan pekerjaan yang tidak bermoral semata-mata mahu hidup dalam kemewahan.

Tayang Hidup Mewah, Bayaran Yang Diterima Tidak Setimpal Dengan Kehidupan Yang Dimiliki

Memetik Utusan Malaysia, seorang pelakon wanita yang masih muda dan cantik dikatakan sedang berada dalam pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ia berikutan kehidupan mewah yang luar biasa dipamerkan oleh artis berkenaan walaupun tawaran dan bayaran lakonan yang dibuat adalah tidak seberapa.

Malah, dia dikatakan turut menerima tawaran pekerjaan seperti rebiu produk atau menjadi duta dek kerana kecantikannya namun semua itu tetap tidak boleh menyebabkan dia memiliki kekayaan luar biasa seperti yang dipamerkan.

“Ramai yang hairan dia ini nak kata berlakon datang bertubi-tubi itu tidak juga. Bayaran berlakon pun rasanya tidaklah cecah ratusan ribu bukan untuk sekali ‘job’, betul tak? Bukannya artis gred A pun,” kata Utusan memetik sumber.

Jadi Pemantauan Bank Negara Malaysia

Apa yang mengejutkan adalah disebabkan kemewahan luar biasa yang ditunjukkan oleh artis wanita itu, dia sebenarnya dikatakan terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram (AMLA) dan kini sedang berada dalam senarai pemantauan oleh BNM.

Namun, sumber dari Utusan Malaysia itu tidak pasti sama ada pelakon wanita berkenaan telah disoal siasat oleh pihak berkuasa atau tidak.

Sebagai rekod, sebelum ini, ada beberapa selebriti, influencer dan usahawan yang pernah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penggubahan wang haram.

Baca Lagi:Anak sulung Safawi Rasid jadi perhatian ramai lepas isteri kongsi wajah anak ada ‘jawline’Wanita terkejut 24 biji telur bertukar jadi separuh masak lepas tertinggal dalam keretaBudak tular menggigil ketakutan selepas rumahnya dibom ketika sedang tidur masih hidup

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments