Wartawan Romania ‘kantoi’ menipu diserang Hamas, sedangkan orang awam berjalan santai

Wartawan Romania ‘kantoi’ menipu diserang Hamas, sedangkan orang awam berjalan santai.

Seorang wartawan asing ‘kantoi’ ketika berusaha untuk memburukkan pejuang Hamas dengan membuat laporan dalam keadaan meniarap, kononnya Hamas sedang giat menyerang Israel.

Menerusi video yang dikongsikan di platform X Jalal Misai, jelas memaparkan wartawan berkenaan melaporkan berita dalam keadaan cemas di Israel, tetapi malangnya lakonan itu ‘dirosakkan’ oleh orang awam yang berjalan dan lalu-lalang berbasikal secara santai.

Ia jelas membuktikan, cubaan media asing memburukkan pejuang Hamas di mata dunia, semakin menjadi-jadi.

“Wartawan Romania di Israel memberi laporan dalam keadaan meniarap kerana katanya Hamas sedang giat menyerang Israel.

“Dalam masa sama, kelihatan orang awam berjalan dan berbasikal secara santai berhampirannya,” katanya.

Perkongsian itu mencetuskan rasa lucu orang ramai sekali gus menjadi bahan sindiran pengguna media sosial.

“Hamas punya power serang Israel guna basikal ja, tak payah guna kereta kebal,” komen XXARRA.

“Nak jadi bodoh boleh tapi jangan rakam bagi satu dunia tengok,” selar Maju Saham.

“Pagi-pagi dah nampak kebodohan Zionis ni. Tolong, kami nak tengok lagi!,” perli Im.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank, menyindir cubaan media Israel untuk memfitnah pemimpin Hamas menerusi gambar-gambar yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Wartawan Romania di Israel memberi laporan dalam keadaan meniarap kerana katanya Hamas sedang giat menyerang Israel.. Dalam masa sama, kelihatan orang awam berjalan dan berbasikal secara santai berhampirannya.. 😅pic.twitter.com/z5fi5KNgZK

— Jalal Misai (@jllmisai) October 22, 2023

Menerusi platform X, beliau yang berbakat besar dalam bidang suntingan video kesan visual (VFX) berkata, kesan suntingan itu dengan jelas dapat dikesan.

Gambar-gambar yang disunting dan ditularkan itu menunjukkan pemimpin Hamas sedang bersantai dalam suasana mewah ketika rakyat Palestin sedang bergelut dengan peperangan.

Namun gambar-gambar itu dikritik hebat kerana hasil suntingannya sangat teruk dan jelas kelihatan.

Baca Lagi:Wanita cuba main buaian gergasi buat ramai kecut perutWanita terkejut 24 biji telur bertukar jadi separuh masak lepas tertinggal dalam keretaNampak sama buat ramai yang keliru antara lebah dan tebuan, ini perbezaan yang ramai tak tahu

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments