Pemancing tangkap ikan mulut buaya terbesar dunia, berusia 100 tahun, berat 128 kilogram

Pemancing tangkap ikan mulut buaya terbesar dunia, berusia 100 tahun, berat 128 kilogram.

Seorang pemancing memecah rekod negeri dan dunia apabila menaikkan seekor ikan gar aligator atau ikan mulut buaya seberat hampir 136 kilogram menggunakan joran dan tali pancing 6 pound (2.7 kilogram) , lapor agensi berita United Press International semalam.

Art Weston sedang memancing bersama jurupandu daripada Persatuan Sukan Memancing Ikan Antarabangsa, Kirk Kirkland apabila jorannya disentap ikan gergasi itu di Tasik Sam Rayburn, negeri Texas.

Ikan ganas itu berukuran panjang 254 sentimeter, 121 sentimeter bagi ukur lilit dan berat 128.3 kilogram. Ikan itu juga dipercayai berusia kira-kira 100 tahun.

Rekod dunia sebelum ini untuk ikan air tawar yang ditangkap dengan tali pancing tersebut adalah seberat 53 kilogram.

Sementara itu, rekod kategori keseluruhan sebelumnya untuk ikan aligator gar ialah 126.5 kilogram yang dicatatkan pada 1951, kata Persatuan Ikan Perlawanan Antarabangsa.

Baca Lagi:Wanita koma lima hari selepas warnakan rambut, doktor terpaksa cukur rambut untuk selamatkan nyawaWanita kongsi kisah jatuh dalam perigi ketika sarat mengandung, terpaksa lahirkan anak secara pembedahan“Fesyen apa itu? Kenapa Aizat jadi begini?” – Fesyen pelik penyanyi Aizat Amdan jadi bualan hangat netizen

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments