Wanita bangga beli beg LV, selamba bayar ‘cash’ RM44,500.
Tular sebuah video di laman X, menunjukkan gelagat beberapa individu yang berada dalam sebuah butik jenama mewah.
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah individu itu memilih untuk membayar secara tunai bagi membeli sebuah beg tangan yang bernilai RM44,500.
Menerusi video yang dikongsikan, individu itu membeli sebuah beg berwarna biru yang bersaiz kecil dan berbentuk segi empat tepat.
Malah ditunjukkan juga gelagat jurujual butik mewah tersebut sedang sibuk menggunakan mesin pengiraan wang tunai sambil disaksikan wanita tersebut.
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mempersoalkan tujuan mereka yang lebih memilih menggunakan wang tunai berbanding membayar dalam bentuk pemindahan wang, kad debit atau kredit untuk membeli barangan berharga puluhan ribu ringgit itu.
@lobakmerahmy Tular sebuah video di laman X, menunjukkan gelagat beberapa individu yang berada dalam sebuah butik jenama mewah. Apa yang menjadi perhatian netizen adalah individu itu memilih untuk membayar secara tunai bagi membeli sebuah beg tangan yang bernilai RM44,500. Menerusi video yang dikongsikan, individu itu membeli sebuah beg berwarna biru yang bersaiz kecil dan berbentuk segi empat tepat. Malah ditunjukkan juga gelagat jurujual butik mewah tersebut sedang sibuk menggunakan mesin pengiraan wang tunai sambil disaksikan wanita tersebut. Untuk berita penuh boleh baca di kotak hijau di atas. Kredit video: X @/khairulazizi75 Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih! #fyp #fypシ #lobakmerahmy #beritaditiktok #viralstory #trending #trendingnewsmalaysia #ceritaviral #terkini #viralupdates #storyviral ♬ Instrumen Piano Sedih (Patah Hat) – Yuda pratamaAda yang membuat andaian bahawa mereka yang memilih cara pembayaran tunai itu kerana mahu mengelak cukai.
Dalam pada itu, tidak kurang juga yang berpendapat individu terbabit tidak mempunyai citarasa yang baik namun disangkal segelintir netizen yang berpandangan mungkin pemilik mahu membelinya sebagai satu pelaburan.