“Bakal abang ipar kini jodoh ku” – Tunang meninggal dunia kerana lemas, abang arwah jadi pengganti

“Bakal abang ipar kini jodoh ku” – Tunang meninggal dunia kerana lemas, abang arwah jadi pengganti.

Tiada jodoh dengan adik, abang jadi pengganti, begitulah uniknya ketentuan Allah terhadap Nur Malina Mohd Rozani, 24, apabila hasratnya untuk bernikah dengan tunang Allahyarham Shahrizuan Shukri, 28, tidak kesampaian.

Memetik laporan Harian Metro, Nur Malina sepatutnya bernikah pada 30 Jun lalu, namun ketentuan Allah sebaliknya apabila Allahyarham Shahrizuan meninggal dunia akibat lemas di Sungai Pasir Pekan, Kelantan pada 25 Mei lalu.

Pun begitu, kesedihan Nur Malina Mohd Rozani, 24, tidak berpanjangan apabila dijodohkan dengan abang arwah tunangnya, Shahron Shukri, 32, pada 8 September lalu.

Menurutnya yang juga guru tadika berkata, kedua mereka menerima keputusan keluarga dan bercinta selepas kahwin.

“Kisah saya dengan suami boleh dikatakan jodoh. Perjalanan cinta yang indah sebab semua atas ketentuan Allah dan terjadi begitu pantas. Jodoh yang tak pernah disangka dan kami bertemu dengan cara ini.

“Mak dan ayah arwah yang kini mentua amat sayangkan saya. Pada masa sama, saya bersyukur dipertemukan dengan orang baik sebab arwah selalu pesan dia sangat sayangkan saya.

“Disebabkan itu, selepas arwah tiada mak dan ayah dia tak nak sia-siakan saya. Jadi, mereka ambil keputusan untuk menjodohkan saya dengan abang arwah. Kebetulan abang arwah ‘single’ lagi dan dia seorang saja yang belum kahwin,” katanya seperti dilapor.

Nur Malina atau Nina berkata, dia hanya mengenali suaminya itu selepas tunang meninggal dunia.

“Betullah, Allah itu sebaik-baik Perancang. Kalau nak tahu, dalam adik beradik mereka suami seorang saja yang betul-betul mirip arwah dan namanya seakan sama.

“Waktu itu terkejut juga sebab saya kenal suami pun selepas arwah tiada. Sebelum tu saya tak kenal cuma tahu nama dan cerita yang suami ini sama dengan arwah,” katanya.

Menurutnya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan berkata, dia menerima suami dan perkahwinan dibuat kerana Allah bukan bagi mengisi kekosongan hati.

“Sedikit nasihat untuk yang melalui situasi sama macam saya, jangan takut nak buat solat sunat istikharah. Buatlah sehabis baik dengan ikhlas kerana Allah.

“Memanglah pada awalnya berasa takut, sebab bimbang jawapannya lain dengan yang kita mahu dan rasa susah sangat nak menerima semua ini. Tapi kalau itu perkara yang terbaik Allah pasti permudahkan urusan untuk menerima segalanya. Asal saja niat kita kerana Allah. Untuk siapa kita hidup melainkan kerana Dia.

“Saya tak naklah hidup dengan suami tapi terbayang muka arwah. Saya terima dia seadanya dan atas aturan Allah. Alhamdulillah, Allah berikan segalanya. Rasa cukup, tenang dan semuanya yang baik-baik. Habis sudah kenangan saya dengan arwah, kini kehidupan saya dengan suami tercinta,” katanya.

Baca Lagi:5 produk kecantikan dikesan mengandungi racun berjadual, tidak lagi dibenarkan dijual di MalaysiaPelakon terkenal jual Lamborghini Aventador RM2.1 juta, hasil jualan kereta disumbang ke Palestin“Hamas was FRIENDLY” – Nenek warga Israel kongsi pengalaman semasa dalam tahanan pejuang Hamas

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments