Jambatan kaca tiba-tiba pecah, 4 pelancong sedang selfie terjatuh dan meninggal dunia

Jambatan kaca tiba-tiba pecah, 4 pelancong sedang selfie terjatuh dan meninggal dunia.

Bagi mereka yang gayat, sudah pastinya melalui jambatan kaca adalah sesuatu yang kurang digemari kerana ia agak menakutkan.

Namun siapa sangka, satu tragedi ngeri telah berlaku di pusat pelancongan The Geong dekat Hutan Pinus Limpakuwus, Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia semalam apabila jambatan kaca berketinggian 15 meter pecah, lapor Kompas.

Seorang mangsa cedera, seorang lagi meninggal dunia


Menurut laporan, empat orang pelacong yang sedang berselfie di jambatan itu telah terjatuh dengan seorang darinya cedera dan seorang lagi meninggal dunia.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika seramai 11 orang pelancong berada di atas jambatan berketinggian 15 meter itu untuk mengambil gambar.

Ketua Polis Daerah Banyumas, Edy Suranta Sitepu berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, kumpulan pelancong itu dikatakan berasal dari Cilacap, Jawa Tengah.

Keempat-empat mereka terjatuh selepas kaca yang dipijak mereka tiba-tiba pecah.

@radarbogor Wahana Jembatan Kaca The Geong Limpakuwus di Banyumas Pecah #radarbogor #tiktokberita ♬ action dramatic cinematic(1308615) – makesoundKetika pecah, dua orang sempat memegang struktur besi pada jambatan sementara dua lagi jatuh ke bawah,” katanya.

Mangsa yang dikenalpasti sebagai A (41 tahun) hanya mengalami luka ringan, manakala seorang lagi mangsa, FA (49 tahun) sempat dibawa ke hospital sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Setakat ini, pihak berkuasa sedang mengambil keterangan pengendali jambatan dan saksi. Salah seorang saksi bernama Sunarto berkata, dia mendengar bunyi letupan ketika lantai kaca pada jambatan berkenaan pecah, lapor Utusan TV.

Menurutnya lagi, kaca pada jambatan itu retak dan serpihan kaca itu jatuh terkena besi.

Menyedari bahaya yang berlaku, pekerja di tempat kejadian kemudian segera menghulurkan bantuan kepada dua lagi pelancong yang terjatuh, katanya.

Takutnya bila baca berita macam ni. Harap pengendali pusat pelancongan lebih berhati-hati dengan keselamatan pelancong bila ada tarikan seperti jambatan kaca ini.

Baca Lagi:Cerita sebenar di sebalik video tular Datuk Hattan dan pembaca berita Astro akhirnya terbongkar“Bakal abang ipar kini jodoh ku” – Tunang meninggal dunia kerana lemas, abang arwah jadi penggantiLelaki kongsi pengalaman tunai umrah naik motosikal Yamaha FZ150 sejauh 18,000km ke Makkah

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments