Neelofa kongsi gambar tanpa purdah versi AI, netizen kata terubat rindu nak tengok wajah cantik

Neelofa kongsi gambar tanpa purdah versi AI, netizen kata terubat rindu nak tengok wajah cantik.

Perkongsian selebriti Neelofa memuat naik foto dirinya tanpa mengenakan purdah dalam Instagram menuai rasa rindu peminat.

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, berkongsi sekeping foto dirinya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI tanpa mengenakan purdah.

Walaupun gambar yang dikongsikan itu sekadar versi AI, namun perkongsian tersebut cukup membuatkan peminatnya teruja sekali gus melepaskan kerinduan untuk menatap senyuman isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu.

“Saya dalam versi AI,” tulis Neelofa.

Difahamkan, foto tersebut dikongsikan kepada umum sebagai bahan promosi koleksi keluaran baharu jenama tudung miliknya.

Dalam ruangan komen, ramai peminat melahirkan rasa rindu untuk menatap wajah pengacara yang juga usahawan jelita itu.

“Rindunya nak tatap wajah Neelofa. Versi AI pun jadilah,” kata seorang pengikutnya.

“Rindu nak tengok senyuman Neelofa,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Neelofa tak sepatutnya pakai purdah menutupi keaslian wajahnya. Pakai purdah tidak wajib,” kata seorang lagi pengikutnya.

Namun begitu, tidak kurang juga beberapa komen mempersoalkan tindakan ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkongsi gambarnya dalam keadaan tidak berpurdah walaupun dalam versi AI.

“Muka dah tutup elok, pergi buat versi AI pula,” tegur seorang peminatnya.

“AI pun tidak patut sebenarnya,” kata seorang netizen.

Untuk rekod, Neelofa mula mengenakan purdah sepenuhnya pada sekitar Oktober 2020.

Katanya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama dan mengakui tindakan tersebut mampu membentuk keperibadiannya menjadi wanita Islam yang lebih baik.

Baca Lagi:Wanita koma lima hari selepas warnakan rambut, doktor terpaksa cukur rambut untuk selamatkan nyawaPemancing tangkap ikan mulut buaya terbesar dunia, berusia 100 tahun, berat 128 kilogramWartawan Romania ‘kantoi’ menipu diserang Hamas, sedangkan orang awam berjalan santai

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments