Ular sawa berat 80kg, panjang hampir 7 meter ‘kekeyangan’ lepas baham monyet di Kedah

Ular sawa berat 80kg, panjang hampir 7 meter ‘kekeyangan’ lepas baham monyet di Kedah.

Kelmarin (23 Oktober), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor monyet peliharaan di Kampung Sera Ulu, Pulai, Baling, Kedah.

Pegawai APM Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizul Abd Aziz berkata, kehadiran ular sawa itu disedari oleh seorang penduduk kampung berkenaan selepas dia ingin memberi makan kepada monyet peliharaannya di belakang rumah.

APM berjaya tangkap ular sawa selepas dihubungi penduduk kampung

Menurutnya, reptilia itu berjaya ditangkap APM selepas dihubungi penduduk kampung berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

“Dalam keadaan cemas melihat monyetnya dibaham ular sawa, lelaki terbabit menghubungi talian kecemasan APM Baling untuk mendapatkan bantuan bagi menangkap reptilia itu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Ular sawa seberat 80kg dan panjang hampir 7 meter

Menurutnya lagi, sebaik tiba di lokasi, terdapat seekor ular sawa seberat 80 kilogram dan panjangnya hampir tujuh meter.

“Operasi dilakukan menggunakan peralatan khas dan akhirnya berjaya ditangkap sebelum dibawa ke pejabat APM Baling untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Mohd Faizul menasihati orang awam agar berhati-hati dengan ancaman haiwan liar dan sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Baling di talian 04-4701626 (24 jam) atau 999 untuk mendapatkan bantuan.

Baca Lagi:Pemancing tangkap ikan mulut buaya terbesar dunia, berusia 100 tahun, berat 128 kilogramAnak diisytiharkan muflis gara-gara ayah tak pandai bisnes, kena saman 100K pulaWanita bangga beli beg LV, selamba bayar ‘cash’ RM44,500

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments