Baru je buat video pesanan untuk semua, Bad Indigo meninggal dunia

Baru je buat video pesanan untuk semua, Bad Indigo meninggal dunia.

Sebentar tadi, kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi kumpulan Indigo, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah kira-kira pada jam 7 malam.

Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 di tempat kerjanya di Ampang, Selangor.

Sebelum pemergiaannya, Allahyarham sempat menitipkan pesanan dalam satu hantaran video di Instagram rasmi miliknya tiga hari lalu.

“Assalamualaikum, selamat pagi, harap semua orang sihat. Apa je yang anda sedang lalui ataupun apa sahaja yang menimpa anda, yang paling penting sekali, jangan berputus asa.

“Kena sentiasa ingat, Allah ada dengan kita. Allah tak kejam kan? Insya-Allah. Buka pintu hati, tengok.. banyak lagi kebaikan yang ada. Insya-Allah, Assalamualaikum.,” pesan Allahyarham dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang baru tahu mengenai pemergiannya meluahkan rasa terkejut. Mereka juga dalam masa yang sama mendoakan roh Allahyarham.

Terdahulu, penyanyi Liza Hanim menerusi satu mesej suara kepada Astro Awani mengesahkan pemergian Allahyarham.

“Ya, betul. Saya masih tergamam ni. Baru sangat terjadi. Arwah meninggal di tempat kerjanya… (dipercayai) akibat serangan jantung.

“Jenazah masih di tempat kerjanya dan ahli keluarga semua sedang on the way ke sana.

“Sekarang ni baru nak menguruskan apa-apa yang patut,” katanya yang sedang bergegas ke lokasi bersama suaminya, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin (Shah) yang juga anggota kumpulan Indigo.

Kumpulan Indigo yang turut dianggotai oleh Shah, Zam dan Shaz itu telah ditubuhkan oleh KRU Records pada tahun 1996.

Membawakan lagu-lagu berentak R&B dan pop Melayu, kumpulan itu mula menempa nama dalam industri muzik tempatan dengan lagu Suraya dan Gadis Misteri.

Allahyarham telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Ashira selepas saling mengenali ketika menyertai Gegar Vaganza 2020.

Mereka sah menjadi pasangan suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac 2021.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan yang dibina tidak kekal lama apabila mereka telah bercerai pada 23 Jun 2022.

Baca Lagi:Orang Islam boleh nikahkan orang bukan Islam, tapi jangan sebut ayat iniSelepas 3 hari berkahwin, isteri cabut lari setelah dapat tahu gaji suami hanya RM1,100Lelaki kongsi pengalaman tunai umrah naik motosikal Yamaha FZ150 sejauh 18,000km ke Makkah

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments