Orang Islam boleh nikahkan orang bukan Islam, tapi jangan sebut ayat ini

Orang Islam boleh nikahkan orang bukan Islam, tapi jangan sebut ayat ini.

Orang Islam boleh menikahkan orang bukan Islam selagi tiada kemungkaran dalam perkahwinan itu.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkahwinan merupakan satu perkara baik yang dituntut oleh setiap agama kerana ia menjauhi perbuatan maksiat.

Menurutnya, sesebuah ikatan suami isteri yang bukan Islam tidak diiktiraf apabila mereka berkahwin dengan individu yang haram untuk dikahwini.

“Perkahwinan yang tidak boleh diiktiraf apabila ia melibatkan pernikahan antara ayah, ibu dengan anak, sesama adik beradik atau isteri orang.

“Perkara itu bertentangan tetapi kalau mereka kahwin dengan golongan selain itu maka ia diiktiraf,” katanya menerusi satu rakaman yang dimuat naik dalam aplikasi, Youtube.

Tambah Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza, orang Islam boleh menikahkan orang bukan Islam jika sewaktu akad tidak menyebut nama mana-mana tuhan.

Dr Maza berkata, sebahagian ulama berpendapat sebarang lafaz yang menunjukkan perkahwinan di sisi masyarakat maka ia sah.

“Aku millikan wanita itu kepada engkau. Kalau perkataan itu dianggap nikah di sisi masyarakat, maka ia nikah.

“Tetapi kalau dia kata sebelum nak akad itu perlu sebut, ‘in the name of Jesus’ maka ia tidak boleh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu tiada keperluan pasangan bukan Islam untuk bernikah semula jika mereka masuk Islam.

Jelasnya, pernikahan yang diadakan sewaktu mereka kafir itu diterima oleh majoriti para ulama.

Tambah Dr Maza, Islam mengiktiraf perkahwinan semasa kafir maka anak mereka boleh berbinkan nama si ayah.

Baca Lagi:Cerita sebenar di sebalik video tular Datuk Hattan dan pembaca berita Astro akhirnya terbongkarNeelofa kongsi gambar tanpa purdah versi AI, netizen kata terubat rindu nak tengok wajah cantikJambatan kaca tiba-tiba pecah, 4 pelancong sedang selfie terjatuh dan meninggal dunia

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments