Wanita menangis duit dah habis bayar taska untuk anak sebab dapat kerja, hari pertama kerja dah kena pecat dengan tauke kedai emas

Wanita menangis duit dah habis bayar taska untuk anak sebab dapat kerja, hari pertama kerja dah kena pecat dengan tauke kedai emas.

Hari pertama bekerja pastinya mengujakan dan mendebarkan.

Namun pada masa sama, ia boleh menjadi dugaan paling hebat dalam hidup.

Seorang wanita berkongsi kisah sedih di laman sosial selepas dia dipecat pada hari pertama bekerja.

Menerusi satu perkongsian, dia memaklumkan memohon pekerjaan di sebuah kedai emas di selatan tanah air bagi jawatan eksekutif pemasaran.

“Kedai emas ni buka jawatan kosong, saya mohon. Mereka telefon untuk temuduga, saya datang. Saya diterima kerja dengan gaji yang dipersetujui.

“Hari ini hari pertama saya kerja. Mereka sangat baik menyapa saya. Pada mulanya saya fikir ini adalah tempat kerja yang sangat baik, dan fikir saya datang kerja di sini untuk membantu meningkatkan jualan mereka.

“Sudah tentu kita merancang untuk mengembangkan syarikat. Tapi kita merancang, Allah juga merancang. Tak sampai setengah hari mereka jumpa saya dan cakap nak bagi percubaan seminggu,” tulisnya menerusi satu video.

Namun pada sebelah petang, lain pula yang berlaku apabila wanita terbabit dimaklumkan bahawa dia tidak mencapai jangkaan mereka sedangkan tiada skop tugasan diberikan.

Situasi yang berlaku ternyata membuatkan dia marah, sedih dan terkejut, serta kesal dengan tindakan segelintir pihak yang begitu mudah menilai dan menolak orang lain dalam masa sehari.

“Semudah tu je. Kalau tak nak ambil pekerja, jangan buka tawaran kerja dan jika saya tidak layak sekalipun, tolaklah semasa saya hadir untuk temuduga.

“Sekarang saya sudah keluarkan duit bayar taska untuk anak supaya urusan kerja saya tidak terganggu, dan saya sekarang kehilangan kerja. Ya Allah pedih.

@miranzd #semangat jgn sedih kena buang kerja bukan berarti takde kerja tempat lain.. akak kena buang tu takde sedih langsung cuma terkilan kenapa tak dari dulu..mmg akak kerja kat compeni ni dr dulu nak berhenti tp masih pike kasian last”kena buang 😅😅😅..kat mana”mesti ada kawan yg sll tak puas hati dgn kelebihan kita..lepas tu mcm”mengata keburukan kerja kita depan bos.. sabar ye dek..smg lepas ni adek dpt kerja dan bos yg baik..#kenabuangkerja @NANA SAIF 🕊 @NANA SAIF 🕊 ♬ original sound – MVM Music“Tolonglah jangan simply ambil orang, dan reject macam tu. Jangan buat orang macam tak ada nilai,” luahnya.

Masih bersedih, dia mempertikaikan sikap majikan yang sewenang-wenangnya mengambil orang bekerja dan memberhentikannya tanpa belas kasihan.

Menerusi video berdurasi 33 saat itu, dia turut mengakui rasa amat terhina kerana dipecat secara tiba-tiba pada hari pertama.

“Anda pernah kena buang kerja macam ni? Apa yang mereka expect untuk sehari bekerja? Sedangkan saya buat apa yang mereka nak. Rasa hina sangat.

“Ada yang komen minta saya ambil tindakan, sebenarnya saya tak nak besarkan kes sebab saya percaya apa yang orang buat kat kita tu, biarlah Allah yang balas. Sekarang saya dah move on, Alhamdulillah.

“Dan saya akan upgrade skil saya apabila orang kata saya tak boleh buat kerja, tak pandai. Apa saja orang mengata, saya ambil itu sebagai satu inisiatif untuk saya terus belajar mencari lebih banyak ilmu untuk saya beri manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu yang dikongsi menerusi story di TikTok pada Rabu, dia mengakui masih menganggur dan kini mengalami kesempitan wang.

Walau bagaimanapun dia tidak mengenal erti berputus asa dan terus mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan kehidupan bersama keluarga.

“Saya masih tak kerja lagi. Duit dalam akaun bank dan kering kontang. Insya-Allah, tetap berusaha tanpa jemu,” katanya lagi yang berjinak-jinak berniaga secara dalam talian.

Baca Lagi:“Hamas was FRIENDLY” – Nenek warga Israel kongsi pengalaman semasa dalam tahanan pejuang HamasJambatan kaca tiba-tiba pecah, 4 pelancong sedang selfie terjatuh dan meninggal dunia“Bakal abang ipar kini jodoh ku” – Tunang meninggal dunia kerana lemas, abang arwah jadi pengganti

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments