Anggota polis tular selepas berjaya selamatkan nyawa seekor ular dengan lakukan CPR.
Seorang anggota polis di negeri Madhya Pradesh tular selepas menyelamatkan nyawa seekor ular dengan memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR), lapor stesen penyiaran NDTV.
Polis bernama Atul Sharma itu nekad melakukan CPR untuk menyelamatkan seekor ular yang tidak bergerak selepas ia minum air bercampur racun makhluk perosak.
Reptilia itu dilaporkan memasuki saluran paip di sebuah kawasan kediaman. Penduduk kemudian cuba mengeluarkannya dengan menuang racun makhluk perosak.
Ular itu kemudian berjaya dikeluarkan namun ia didapati tidak bergerak. Penduduk kemudian menghubungi polis kerana tidak mengetahui apa yang perlu mereka lakukan.
Setibanya Sharma di lokasi kejadian, dia memeriksa ular itu dengan teliti sebelum meniup udara ke dalam mulutnya selain menyimbah air bersih.
Tidak lama kemudian, ular itu mula bergerak sambil orang ramai bersorak kepada Sharma atas tindakannya.
Sharma mendakwa dia telah menyelamatkan 500 ekor ular dalam tempoh 15 tahun yang lalu.
A police constable in Madhya Pradesh is giving CPR to a snake that had fallen unconscious after being exposed to pesticide-laced water. The constable, Atul Sharma, used mouth-to-mouth resuscitation to revive the snake, which was later released safely.#Viral #Snake #CPR pic.twitter.com/2uwV957jTf
— AH Siddiqui (@anwar0262) October 26, 2023
Baca Lagi:“Penat tekan minyak, van jenazah terasa berat”, pemandu kongsi pengalaman diganggu ketika bawa mayat mangsa kemalangan di Gua MusangRamai pening nak beli Alphard atau Vellfire, ini perbezaan yang perlu anda tahu“Semua job dia sapu”- KJ muncul dalam iklan makanan jadi perhatian ramai