Remaja 15 tahun minta pemandu e-hailing henti kereta sebelum terjun Jambatan Pulau Pinang

Remaja 15 tahun minta pemandu e-hailing henti kereta sebelum terjun Jambatan Pulau Pinang.

Seorang remaja berusia 15 tahun minta pemandu e-hailing henti kereta sebelum terjun Jambatan Pulau Pinang tetapi berjaya diselamatkan pengusaha bot nelayan berhampiran.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Hasrul Rizal Ghazali berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat pada jam 7.10 petang mengenai kejadian di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menghala ke Georgetown itu.

“Sebaik tiba, didapati mangsa sudah diselamatkan nelayan sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi diberi rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, remaja berasal dari Perlis itu dipercayai dalam perjalanan ke Terminal Bas Sungai Nibong menaiki kereta e-hailing.

Hasrul Rizal berkata, remaja itu dikatakan mengadu mengalami pening dan mahu muntah serta meminta pemandu kereta e-hailing berkenaan memberhentikan kereta sebelum dia terjun dari jambatan itu.

“Turut ditemukan ialah pakaian sekolah mangsa, yang mana terdapat tag nama pada tudung sekolah berkenaan.

“Mangsa yang berusia 15 tahun itu dipercayai menggunakan akaun e-hailing individu lain kerana nama yang tertera pada akaun serta tanda nama pada tudung sekolahnya adalah berlainan,” katanya.

Sementara itu, pengusaha bot pancing, Hashim Mohd Said, 58, yang menyelamatkan remaja perempuan itu, berkata dia tidak menangis tetapi seperti terpinga-pinga ketika ditarik masuk ke dalam bot.

ikut info dr tiktok, budak ni 15tahun.. naik grab dari perlis ke sini.. sampai jambatan ni dia suruh pemandu berhenti sbb pening lepastu dia terus terjun.. & budak ni selamat🤲 https://t.co/mN644kGzev

— 💃🏼 (@baeatseoul) October 27, 2023

“Saya dan seorang lagi pembantu terus mengangkat mangsa ke dalam bot dan membawanya pulang ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) sebelum dia diserah kepada pihak berkuasa,” katanya.

Hashim yang juga nelayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, dia terdahulu menerima panggilan daripada kenalan yang meminta menyelamatkan mangsa.

Baca Lagi:Jambatan kaca tiba-tiba pecah, 4 pelancong sedang selfie terjatuh dan meninggal dunia“Bakal abang ipar kini jodoh ku” – Tunang meninggal dunia kerana lemas, abang arwah jadi penggantiSelepas 3 hari berkahwin, isteri cabut lari setelah dapat tahu gaji suami hanya RM1,100

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments