Boikot produk Israel punya pasal, pekerja kena buang notis 24 jam dari majikan

Boikot produk Israel punya pasal, pekerja kena buang notis 24 jam dari majikan.

Ramai individu terkesan selepas rakyat Malaysia bersatu hati memboikot produk keluaran Israel termasuklah jenama yang memberi sokongan kepada negara tersebut.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata pekerja sambilan akhirnya terpaksa diberhentikan disebabkan syarikat tidak lagi menerima jumlah pelanggan yang ramai.

Seorang pengguna Facebook, Shahirah Azalia meluahkan rasa sedih apabila dia diberhentikan kerja selepas mendapat notis 24 jam oleh majikan.

Menurut pelajar di sebuah universiti awam itu, dia menjalankan kerja sambilan di sebuah restoran makanan segera bagi menampung perbelanjaan sepanjang pengajian.

“Memang saya faham rakyat Malaysia satu hati boikot produk keluaran Isra-hell (Israel), tapi sebenarnya dalam masa sama kita tutup periuk nasi sebahagian besar masyarakat di negara ini.

“Saya yakin berapa ramai anak muda yang masih gagal dapat pekerja lain bekerja secara sambilan di restoran-restoran makanan segera termasuklah pelajar yang hendak cari pendapatan lebih untuk tampung kos belajar.

“Sedih juga dapat notis 24 jam berhenti, ada siapa-siapa yang nak ambil pelajar untuk kerja sambilan? Saya tinggal katu Shah Alam,” soalnya.

Sementara itu, seorang pengguna aplikasi X mengadu tentang nasib ahli keluarganya yang juga seorang berstatus orang kurang upaya (OKU) dimana tidak lagi dipanggil bekerja sejak tindakan orang ramai memboikot sesetengah jenama besar di negara ini.

“Abang ipar saya OKU pendengaran, kerja sambilan di restoran makanan segera. Sejak boikot bermula, dia tak dipanggil bekerja, ada sesiapa tahu kalau terdapat kerja kosong? Dia baru berkahwin, lokasi Tanah Merah Kelantan,” ciapnya.

Dalam pada itu, terdapat pengguna media sosial lain turut berkongsi situasi memaparkan keadaan lengang di beberapa restoran makanan segera yang sebelum ini menakdi tumpuan orang ramai.

“Alhamdulillah, betul boikot, yang ada buat promosi pun tetap lengang, mungkin ada laa juga sedikit tu, tapi boleh kata kurang 10 orang pelanggan mereka.

Terima kasih rakyat Malaysia kerana bersatu hati tolak produk Israel. Tak mampu pergi perang, ini cara yang terbaik kita lakukan,” kongsi Fahmi.

Baca Lagi:PM Anwar dedah Malaysia dikritik dan ‘diserang’ oleh negara-negara kuasa besar kerana bela hak Palestin“Fesyen apa itu? Kenapa Aizat jadi begini?” – Fesyen pelik penyanyi Aizat Amdan jadi bualan hangat netizenTayang kemewahan luar biasa, pelakon wanita dipantau Bank Negara, disyaki terlibat penggubahan wang haram

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments