Ribuan kucing diselamatkan sebelum dibunuh dan dijual sebagai daging babi, lembu

Ribuan kucing diselamatkan sebelum dibunuh dan dijual sebagai daging babi, lembu.

Lebih seribu kucing diselamatkan oleh pihak berkuasa di China selepas mahu dibunuh dan dijual untuk dimakan.

Lebih jijik, daging kucing yang dijual ditipu sebagai daging babi dan lembu, demikian laporan media tempatan.

Tindakan diambil selepas mendapat aduan daripada aktivis mengenai sebuah lori yang membawa ribuan kucing di kawasan Zhangjiagang. Aktivis mendakwa melihat ribuan kucing dimasukkan ke dalam kotak kayu sebelum ‘dipindahkan’ untuk tujuan jual beli.

Para aktivis mendakwa daging kucing dijual sekitar harga RM3 untuk 600 gram. Seekor kucing pula dijual dalam kiraan sehingga empat atau lima kilogram, seperti dilaporkan BBC.

Serbuan tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat mengenai daging yang dibeli.

Malah pengguna media sosial mengutuk tindakan kejam dan keji ini dengan mengharapkan pelaku ditangkap dan menerima hukuman setimpal.

Ada juga yang mengatakan tidak mahu lagi menikmati daging di kedai.

Baca Lagi:Anggota polis tular selepas berjaya selamatkan nyawa seekor ular dengan lakukan CPROrang Islam boleh nikahkan orang bukan Islam, tapi jangan sebut ayat ini“Bakal abang ipar kini jodoh ku” – Tunang meninggal dunia kerana lemas, abang arwah jadi pengganti

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments