Rider halau kucing takut kena lenyek tayar X70 dapat rezeki terpijak

Rider halau kucing takut kena lenyek tayar X70 dapat rezeki terpijak.

Seorang penghantar makanan mendapat rezeki terpijak selepas mambantu menghalau seekor kucing ketika sebuah kereta mahu mengundur.

Melalui sebuah hantaran di Facebook I’m Shahrul, penghantar makanan itu berkata, kejadian itu berlaku semasa dia sedang duduk di tepi jalan untuk menunggu pesanan.

“Lepak tepi jalan tunggu oder (pesanan) masuk, ada kucing baring belakang X70 nak reverse (mengundur). Aku pun turunlah dari motor nak halau kucing tu sebab aku takut kucing tu kena lenyek tayar X70,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka tidak berapa lama kemudian pemandu kenderaan itu turun daripada kereta dan memberikan sesuatu kepadanya.

“Lepas kereta tu reverse (undur) dia berhenti lama depan aku ingat kan tunggu orang. Rupa-rupanya dia turun nak bagi duit kat aku. Mula-mula ingat RM10, RM60. Buka saja (lipatan duit), RM110.

“Alhamdulillah terima kasih orang baik,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut memuji kebaikan pemandu tersebut dan penghantar makanan itu kerana tindakannya itu juga menyelamatkan kucing berkenaan.

“Kedua-duanya berhati mulia, susah nak jumpa orang begini. Syukur Alhamdulillah,” kata Suria.

“Itu rezeki doa dari kucing sebetulnya kalau bukan sebab alihkan kucing itu mesti tak dapat rezeki itu kan,” kata Ina.

“Hati yang ikhlas pasti ada ganjarannya cuma kita tak tahu ia datang dalam pelbagai bentuk.

Kesihatan yang baik, anak yang baik, sahabat yang baik dan macam-macam lagi. Hari ini rezeki awak dalam bentuk wang ringgit. Alhamdulillah,” kata Liz.

Sehingga kini hantaran tersebut telah mendapat lebih 7,000 tanda suka.

Baca Lagi:Baru je buat video pesanan untuk semua, Bad Indigo meninggal dunia“Nasi campur paling mahal, lagi mahal dari makan di hotel” – Wanita terkejut nasi campur cecah RM33 sepingganCerita sebenar di sebalik video tular Datuk Hattan dan pembaca berita Astro akhirnya terbongkar

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments