Ikan Sidat mirip belut ditangkap di sungai penuh satu baldi hanya guna penapis.
Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok memaparkan ikan sidat ditangkap dengan jumlah yang amat banyak
Untuk pengetahuan semua, ikan sidat adalah sejenis ikan air tawar yang mempunyai tubuh yang panjang dan kulitnya yang licin. Ikan sidat biasanya hidup di sungai atau tasik dan memiliki nilai komersial yang tinggi.
Ekoran tularnya video itu, ia telah membuatkan netizen berasa ‘geram’ dan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ikan sidat.
Namun, terdapat juga netizen yang meninggalkan seribu tanda tanya sama ada ikan sidat adalah sejenis belut atau bukan kerana ramai dalam kalangan mereka yang tidak pernah melihat bentuk dan rupa ikan sidat.
Terdapat juga netizen yang geli dengan rupa dan bentuk ikan sidat tersebut. Difahamkan, ketika itu adalah musim ikan Sidat kerana jumlah yang ditangkap tidak terkira.
@fp_tengku MUSIM SIDAT NAIK BANYAK DI TEPIAN SUNGAI ‼️😱#fyppppppppppppppppppppppp #sidatsungai #amazingvideo #fypシ゚viral #fishing #SHORT ♬ suara asli – Fp tengkuApa yang lebih menarik, penduduk di situ menangkap ikan berkenaan hanya menggunakan penapis sahaja dan diletakkan dalam baldi.
“Ikan Sidat itu sejenis ikan apa ya?” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, sehingga kini ia telah meraih 11.4M views, 272.8K likes dan 4.7K comments di TikTok.
Rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video ikan tersebut.
Baca Lagi:Supermodel terkenal tayang barang kemas RM2.06 juta di majlis perkahwinanLelaki bertenggek lebih dari 4 jam atas tiang elektrik terpaksa dibawa turun guna krenKecoh nasi kandar, nasi lemak lauk babi dijual di restoran ‘non halal’