Bidaan jam Rolex Dr Zulkifli ditutup pada harga RM135,000

Bidaan jam Rolex Dr Zulkifli ditutup pada harga RM135,000.

Jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendapat tawaran tertinggi RM135,000 ketika proses bidaan ditutup pada jam 12 tengah malam tadi.

Perkara itu diumumkan beliau menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

“Bidaan jam Rolex untuk Palestin telah tamat. Terima kasih kepada pembida yang telah membida.

“Semoga Allah ganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya. Jumlah bidaan yang tertinggi adalah RM135,000,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Dr Zulkifli memaklumkan akan mengumumkan nama pemenang bidaan terbabit petang ini.

Terdahulu, BH melaporkan Dr Zulkifli memaklumkan melelong jam tangan Rolex kesayangannya dengan harga tapak RM40,000 dan hasil jualan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang menderita di Palestin.

Bidaan Jam Rolex untuk Palestin telah tamat. Terima kasih kepada pembida yang telah membida. Semoga Allah ganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya.

Jumlah bidaan yang tertinggi adalah RM 135,000. InsyaAllah , saya akan bertemu pemenangnya petang ini.

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 31, 2023

Dr Zulkifli berkongsi inisiatifnya menerusi hantaran di Facebook bermula Isnin dengan kenaikan bidaan bermula dengan harga RM100 ke atas.

Dalam hantaran sama, Zulkifli turut berkongsi kisah di sebalik jam berkenaan yang dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz.

Ia dipanggil bay’ muzayadah. Rasulullah SAW pernah buka bidaan untuk pelapik tunggangan dan bekas/mangkuk makanan miliknya. Ada yang letak 1 dirham. Ada yang letak 2 dirham. Jadi, Baginda SAW bagi kepada yang bida 2 dirham. Ia harus selagi tak berlaku penipuan seperti bay’… https://t.co/euJ1vHbxFw

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) November 1, 2023

Baca Lagi:Mahu bantu Palestin, bekas Mufti lelong jam Rolex kesayangan dengan harga tapak RM40,000, tak sampai 4 jam bidaan cecah hampir RM100,000Sajat nafi pegang cawan minuman keras di konsert terbuka Australia, sifatkan netizen sebagai penyibuk dan ‘banyak mulut’Influencer dedah rumahtangga bergolak kerana sihir, ustaz nampak ‘sesuatu’ pada suami

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments