Selepas dipuji netizen punyai ‘ketiak’ cantik, putih dan bersih, Nabila Huda kongsi petua aneh

Selepas dipuji netizen punyai ‘ketiak’ cantik, putih dan bersih, Nabila Huda kongsi petua aneh.

Pelakon Nabila Huda baru-baru ini dipuji netizen kerana dikatakan memiliki ketiak yang putih. Semuanya dapat disaksikan menerusi lakonannya sebagai Nyai Sunarti dalam teater muzikal Lantai T. Pinkie.

Dalam pementasan tersebut, Nabila atau mesra disapa Abil, dikehendaki berkemban untuk memegang watak seorang wanita berketurunan Jawa.

Dari situ, ramai yang memuji ketiaknya cantik, putih dan bersih. Jadi, Abil memberitahu, petuanya adalah dengan membiarkan kucing menjilat ketiaknya.

Ada-ada sahaja petua aneh yang dikongsikan Abil. Menerusi sebuah video yang dimuat naik pelakon itu dalam TikTok, kelihatan seekor kucing peliharaannya sedang menjilat bahagian bawah lengannya (ketiak).

“Inilah rahsia ketiak saya putih,” kata Abil sambil menahan ketawa.

@abilsuhaimi Now you know my secret already..Persoalan ketiak ku lebih cerah dari masa depan anda, telah terjawap..🤣😜 #Fyp #Biarmukatakcantiktapiketiakputih ♬ original sound – Nabila HudaRata-rata pengikutnya teruja, malah percaya dengan petua yang dikongsikan oleh Abil.

“Pemutih semula jadi air liur ‘oyen’,” ujar seorang netizen.

“Nanti ramai nak bela kucing sebab nak ketiak putih,” kata seorang lagi netizen.

Alamak! Tak tahulah petua itu betul-betul berkesan atau Abil sekadar bergurau. Kalau betul Diva pun nak cuba juga.

Tapi Diva tak ada bela kucing pula. Kalau pinjam kucing jiran boleh tak?

Baca Lagi:Lelaki bertenggek lebih dari 4 jam atas tiang elektrik terpaksa dibawa turun guna krenKecoh nasi kandar, nasi lemak lauk babi dijual di restoran ‘non halal’Influencer dedah rumahtangga bergolak kerana sihir, ustaz nampak ‘sesuatu’ pada suami

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments