Gerai minuman jual air teh guna nozel minyak jadi perhatian ramai

Gerai minuman jual air teh guna nozel minyak jadi perhatian ramai.

Teknik yang unik untuk mempromosikan air teh.

Sebuah gerai minuman di Bandung, wilayah Jawa Barat, Indonesia menjadi perhatian kerana menjual minuman yang disimpan di dalam balang menyerupai pam minyak.

Gerai teh di Jalan Ciwastra itu mengetengahkan konsep stesen minyak selain turut dikenali sebagai Pertehmina.

Ia menyerupai nama syarikat minyak dan gas milik Indonesia, Pertamina.

Penjual pula memakai pakaian menyerupai pekerja stesen minyak, lengkap dengan topi.

Menurut pemilik Pertehmina, Rahadika, idea untuk menggunakan konsep tersebut timbul selepas melihatkan keadaan cuaca yang semakin panas.

“Air teh sememanmgnya menjadi minuman kegemaran orang ramai dan diminum setiap hari. Dalam masa sama, kami mahu mengetengahkan sesuatu yang berbeza dan mempunyai nilai tambah,” katanya.

@15minitmmtv TEH PAM MINYAK LARIS BERITA 15 MINIT MMTV | 31 OKTOBER 2023 #15minitmmtv #utusanonline #kosmoonline #mmtv #berita #relevan #mutakhir #beritatiktok #newstrendingmalaysia ♬ original sound – 15 MINIT MMTVTambah Rahadika, meskipun menggunakan balang menyerupai pam minyak, ia sebenarnya bekas bergred makanan, dan bukannya diubah suai daripada pam minyak sebenar.

“Konsepnya sahaja pam minyak tetapi semua peralatan yang digunakan mempunyai gred makanan,” ujarnya.

Mengetengahkan lima jenis minuman, pekerja akan mengisi air ke dalam bungkusan mengikut sukatan yang diminta oleh pengguna.

Ia dijual pada harga antara 3,000 rupiah hingga 9,000 rupiah (RM0.90 dan RM2.70), manakala teh yang digunakan 100 peratus berasal dari Jawa Barat.

Baca Lagi:Boikot produk Israel punya pasal, pekerja kena buang notis 24 jam dari majikanBadrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur, Isteri kejut arwah tidak beri respon, badan sudah sejuk“Nasi campur paling mahal, lagi mahal dari makan di hotel” – Wanita terkejut nasi campur cecah RM33 sepinggan

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments