Maksud sebenar lagu ‘nurse’ yang tengah viral sekarang, rupanya ini sebab kenapa bahagian lelaki pendek je nyanyi

Maksud sebenar lagu ‘nurse’ yang tengah viral sekarang, rupanya ini sebab kenapa bahagian lelaki pendek je nyanyi.

Baru-baru ni, viral lagu ‘nurse’ yang mempunyai bait bait lirik yang unik. Ada yang tertanya-tanya, apa maksud lirik lagu itu? Kenapa liriknya sebegitu?

“Sedaghe kenapa bahagian lelaki pendek jer? Dan kenapa Fujiyama, Himalaya? Jom bedah karya.”

Itulah permulaan video yang telah dipost oleh Zhiddin Aziz di platform TikTok miliknya. Dia gemar membedah atau mengupas karya-karya semasa.

Dalam videonya itu, dia telah menerangkan beberapa lirik lagu ‘nurse’ tersebut. Menurutnya, lagu itu telah menggunakan teknik hiperbola.

“Hiperbola bermaksud ayat keterlaluan, sekadar kiasan,” jelasnya.

Dia turut memberikan contoh hiperbola dalam video itu, “Contohnya, perhubungan kita dah ramai orang tahu. Kita suntik hiperbola dia jadi, angin telah berbisik kencang perihal kita ke serata buana,”

Dalam lagu tersebut, terdapat lirik yang berbunyi:

“Jangankan Gunung Fujiyama (Fujiyama)

Puncak Himalaya, ku ikut kamu.”

Ada yang tertanya, kenapa Fujiyama menggunakan perkataan gunung, tetapi Himalaya menggunakan puncak?

Kata Zhiddin, “Untuk pengetahuan sedaghe, rangkai kata puncak tak sama dengan gunung. Puncak Himalaya ada banyak gunung, Gunung Everest, Gunung Makalu.”

“Contoh kita kata, puncak Kuala Lumpur. Ada menara KL, KLCC,” dia menambah.

Dalam lagu itu juga, ramai yang perasan bahagian lelaki pendek-pendek. Kenapa ya?

“Lelaki ni sempoi je. 10 patah perempuan tanya, lelaki jawab sepatah je. Dan sepatah yang dia jawab tu mampu mencairkan kalbu pasangan,” jawabnya sambil berseloroh.

Dia memberi contoh, sekiranya perempuan menyebut emas permata, lelaki jawab intan berlian. Jika perempuan sebut gemerlap dunia, lelaki jawab bintang-bintang.

Maksudnya di sini, jawapan lelaki itu adalah lebih mahal dari apa yang dinyatakan oleh perempuan, ia tidak ternilai harga intan berlian dan bintang-bintang itu.

Dia juga turut menjelaskan secara ringkas maksud gemerlap dunia.

“Gemerlap dunia ni, dia macam kemewahan dunia. Rumah mahal, kereta mahal, beg mahal semua tu gemerlap dunia.

“Inilah keindahan bahasa yang saya mahu intai bersama,” kata Zhiddin.

Penjelasannya amat mudah dan senang difahami. Sambil-sambil kita fahami maksud lirik itu, kita juga dapat menambah ilmu.

Agak-agak, dalam contoh yang Zhiddin beri itu, ada gaya bahasa apa ya? Cubalah teka!

@zhiddinazizz♬ original sound – zhiddinazizBaca Lagi:Lelaki curi kereta Proton Pesona, bawa lari 6 murid sekolahLelaki bertenggek lebih dari 4 jam atas tiang elektrik terpaksa dibawa turun guna krenEnggan label Hamas sebagai pengganas, Malaysia terima 3 notis dari AS

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments