Wanita laung ‘Allahu Akbar’ cedera ditembak polis

Wanita laung ‘Allahu Akbar’ cedera ditembak polis.

Polis Perancis menembak seorang wanita tidak bersenjata yang membuat ugutan di sebuah stesen kereta api di sini, pagi tadi ketika keadaan sedang sibuk di situ.

Pihak polis dan pendakwa raya memberitahu AFP wanita itu cedera dalam insiden berkenaan.

Gambar hiasan

Menurut saksi, wanita itu memakai tudung dan melaungkan `Allahu Akbar’ (Allah Maha Besar) serta membuat ancaman.

Sumber memberitahu polis melepaskan tembakan kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

“Selepas penumpang kereta api pinggir bandar memaklumkan kepada polis, ejen berjaya mengasingkan wanita itu di stesen Bibliotheque Francois Mitterrand di tebing selatan ibu negara yang telah dipindahkan,” kata sumber itu.

“Suspek bagaimana pun enggan mengikut arahan polis dan mengancam untuk meletupkan dirinya,” kata pejabat pendakwa raya di sini.

Sumber memberitahu, seorang pegawai polis melepaskan satu das tembakan menyebabkan kecederaan pada bahagian perut suspek.

Polis kemudian mengesahkan tiada bahan letupan atau senjata lain ditemui pada wanita itu.

Susulan kejadian itu, pendakwa raya Paris berkata polis melancarkan dua siasatan.

“Satu akan menyiasat tindakan wanita itu manakala satu lagi adalah untuk menjelaskan sama ada polis menggunakan senjata api adalah wajar,” katanya.

Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk sebarang serangan sejak 13 Oktober lalu apabila seorang guru di bandar utara Arras, maut ditikam bekas muridnya yang beragama Islam.

Perancis yang mempunyai populasi penduduk Islam dan Yahudi besar, juga bimbang dengan kesan daripada serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu dan tindakan balas Israel di Gaza.

Amaran bom membawa kepada pemindahan berpuluh-puluh penumpang dari lapangan terbang, stesen kereta api dan tapak pelancong dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Baca Lagi:Yusof Haslam letih, sebak mengenangkan Syamsul sudah lama tak pulang ke rumahIkan Sidat mirip belut ditangkap di sungai penuh satu baldi hanya guna penapisMahu bantu Palestin, bekas Mufti lelong jam Rolex kesayangan dengan harga tapak RM40,000, tak sampai 4 jam bidaan cecah hampir RM100,000

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments