Pengantin lelaki terkejut isteri ‘serbu’ majlis perkahwinan

Pengantin lelaki terkejut isteri ‘serbu’ majlis perkahwinan.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang wanita menyerbu majlis perkahwinan suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media, kelihatan seorang wanita memasuki sebuah rumah yang sedang mengadakan majlis perkahwinan.

Wanita itu kemudian bertanya kepada orang ramai tentang keberadaan pengantin lelaki.

Dia kemudian berjalan ke arah lokasi di mana kedua-dua pengantin berada. Pengantin lelaki kemudian terkejut melihat kehadiran isterinya.

“Hebat sekali, hebat sekali, saya lapor kepada polis, semoga hidup bahagia,” katanya.

Kejadian itu berlaku di daerah Petisah, Medan pada 27 Oktober lalu. Dia telah membuat laporan polis pada hari sama sekitar pukul 4.55 petang (waktu tempatan).

Wanita dikenali sebagai IAA, 32, itu membuat laporan terhadap pengantin perempuan, Octa dan suaminya, ADP.

Baca Lagi:Gempar! mahkluk putih bertubuh sasa ditemui berkeliaran di kawasan pergununganKedai dobi layan diri didakwa berhantu, didiami roh wanita muda, mesin tiba-tiba mati begitu sahaja5 pekerjaan gaji paling rendah di Malaysia yang masih ramai tak tahu

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments