Zizan hadiah abang motosikal Yamaha XMax bernilai RM25,000

Zizan hadiah abang motosikal Yamaha XMax bernilai RM25,000.

Zizan Razak membuat kejutan kepada abang sulungnya, Hafiza Razak dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha XMax 250 yang dianggarkan bernilai RM25,000.

Zizan ketika dihubungi berkata, abangnya sudah lama menyimpan impian untuk mendapatkan motorsikal terbabit sekali gus menjadi kenderaan pertama yang diberikannya.

“Abang saya dah lama berkenan dengan motorsikal itu. Saya pun minat juga, tapi kalau saya beli takut tak guna.

“Disebabkan dia nak dari tahun lepas, saya fikir apa salahnya saya hadiahkan motorsikal itu. Lagipun kami dua beradik saja, apa salahnya saya belikan untuk abang sendiri.

“Saya pun tak pernah beri hadiah kenderaan untuk dia selama ini. Jadi dua hari lepas saya hadiahkan motorsikal itu dan nampak dia begitu bahagia kerana nak gunakan nya untuk pergi kerja,” katanya.

Ditanya mengenai sikap segelintir individu yang kedekut atau berkira dengan adik- beradik sendiri, Zizan berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kadang-kadang orang yang kedekut ini disebabkan sikap diri sendiri sehingga adik-beradik lain pun ikut sama.

“Didikan ibu bapa juga mainkan peranan penting. Kalau mereka tak nasihatkan anak-anak daripada kecil atau tunjuk perangai buruk kepada adik-beradiknya jadi anak-anak pun tengok.

“Saya lihat sikap kedekut ini juga ibarat satu tradisi. Kalau keluarga dah ajar begitu, jadi anak-anak pun ikut sama.

“Alhamdulillah keluarga saya jenis tak berkira termasuk saudara-mara. Saya diajar begitu menyebabkan saya teruskan apa yang baik. Kalau mampu buat apa nak berkira,” katanya.

Menurut Zizan, amalan bersedekah turut memberi rezeki yang luas kepada individu yang tidak kedekut.

“Bukan saja dari segi pahala, tapi kita juga dapat membahagiakan orang. Jadi teruskan buat benda yang baik ini,” katanya.

Terdahulu, tular video Zizan meminta abangnya untuk mencuba menunggang beberapa motosikal sebelum mengetahui bakal menerima motorsikal idaman.

Perkongsian yang dimuat naik abangnya di TikTok semalam meraih lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 45,000 tanda suka.

Rata-rata netizen menyifatkan Zizan seorang yang pemurah dan mementingkan keluarganya.

Baca Lagi:First time tengok orang bela ketam bagi makan, pandai pula ‘Cik Ketam’ tu suap makanan dalam mulut sendiri“Awak tahu mengapa logo ini bentuk macam tu?” – Tun M kongsi sejarah logo Proton SagaLelaki maut selepas telekung isteri tersangkut pada tayar motosikal

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments