“Macam anjing belaan dia buat saya” – Diva AA terkilan diperlakukan seperti binatang.
“Dia tarik rambut saya sepenuh hati. Dia cakap itu rambut palsu? Itu rambut aku tau. Macam anjing belaan dia buat saya.”
Demikian luahan pengacara sensasi, Azwan Ali kepada Utusan Malaysia berhubung penularan video rambutnya dikatakan ditarik usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang tular baru-baru ini.
Kongsi Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, dia terkilan kerana diperlakukan seperti binatang oleh usahawan kosmetik tersebut dan tetap meneruskan agenda memfailkan saman terhadapnya.
“Dia tak hormat saya, tarik rambut dan seret pula itu. Sakit terasa sampai sekarang. Dia memang sengaja nak kenakan saya. Fitnah? Ramai jadi saksi.
“Sebelum rakaman dia memang ada cakap akan tarik rambut, saya jawab tariklah kalau berani. Rupanya dia buat segmen itu dengan sepenuh hati. Biadap sungguh.
“Saya nekad untuk saman RM100 juta. Saya dan pihak peguam sedang mengumpul bukti. Video itu juga tular melibatkan dua negara. Saya rasa diperlakukan begitu,” ujarnya ketika dihubungi.
Sebelum ini, tular dalam media sosial apabila sebuah video menunjukkan usahawan kosmetik itu dilihat menarik rambut serta mengheret Azwan sewaktu berada di atas pentas bagi menjayakan sebuah program di Singapura.
Dalam pada itu, Diva AA berkata, dia menerima pelbagai kiraman pesanan berbentuk sokongan dan simpati daripada warganet yang turut meluahkan kemarahan apabila pengacara itu diperlakukan sedemikian.
“Terima kasih juga kepada peminat dan mereka yang menghubungi Diva kerana bersimpati apabila diperlakukan begitu. Ramai yang sokong dan minta saya tegakkan kebenaran,” ujarnya.
Mengulas reaksi segelintir warganet yang menganggap insiden tersebut sengaja dicipta demi kontroversi murahan, Diva AA menjawab;
“Propa mak nenek kau! Saya tak main-main ya. Ini betul-betul terjadi dan disaksikan oleh ramai orang. Walau apa pun jawapan balas dia, don’t play-play with me,” tegasnya.
Baca Lagi:“Jangan sampai saya dedahkan wajah awak” – Fathia beri ‘warning’ tukang fitnah tuduh Uqasha Senrose punca kematian wanitaRakan dakwa wanita jadi mangsa buli Uqasha Senrose meninggal dunia? Ini respons tuan punya badanPeniaga Pasar Siti Khadijah ‘bergocoh’ kerana berebut pelanggan