Pengerusi Bersatu Kelantan dedah MP Gua Musang ditawarkan ganjaran lumayan sokong Anwar

Pengerusi Bersatu Kelantan dedah MP Gua Musang ditawarkan ganjaran lumayan sokong Anwar.

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, dari Perikatan Nasional (PN) yang mengumumkan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi dikatakan sebelum ini mendakwa ditawarkan sejumlah wang yang lumayan oleh ‘broker’ politik.

Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor, ketika mendedahkan perkara itu, berkata tawaran wang berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mohd Azizi pada Sabtu lalu.

“Pada Sabtu lalu ketika kita mengadakan mesyuarat BERSATU negeri, beliau (Mohd Azizi) hadir dan memaklumkan ada broker politik menawarkan sejumlah wang yang lumayan serta lain-lain manfaat sekiranya membuat kenyataan menyokong Perdana Menteri.

“Beliau mengatakan sudah menolak kesemua tawaran berkenaan dan kami mengucapkan tahniah kepada beliau atas penolakan berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Kamaruddin berkata, beliau terkejut malam tadi apabila Mohd Azizi bertindak sebaliknya dengan membuat kenyataan menerusi Facebook menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

“Saya segera cuba menghubungi beliau namun tidak berjaya kerana kedua-dua telefon bimbit miliknya dimatikan.

“Justeru, saya menyerahkan kepada kepimpinan Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Azizi mendakwa, keputusan itu bertujuan memastikan kebajikan penduduk Parlimen Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang dimohon untuk Parlimen berkenaan dalam tempoh perkhidmatannya.

BH masih berusaha menghubungi Mohd Azizi bagi mendapatkan kenyataan beliau berhubung dakwaan terkini yang dibuat oleh BERSATU itu.

Namun, setakat ini beliau tidak dapat dihubungi kerana talian telefonnya ditutup.

Sumber

Baca Lagi:Pakai simbol berkaitan perang Israel-Palestin di Singapura boleh dipenjara 6 bulanMP Kepala Batas kata Lim Kit Siang & Lee Kuan Yew sepupu, DAP beri tempoh 48 jam buktikan dakwaanBERSATU gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama 6 tahun kerana sokong PMX

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments