Orang ramai kecoh lelaki tidak berbaju, berseluar pendek tayang duit RM100,000 di jalan raya

Orang ramai kecoh lelaki tidak berbaju, berseluar pendek tayang duit RM100,000 di jalan raya.

Seorang lelaki tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek menunjukkan wang sebanyak 350 juta rupiah (RM104,656) di tengah jalan raya di Tapanuli, Sumatera Utara, lapor portal berita Tribun Jabar hari ini.

Lelaki itu, Tambok Hamonagan Hutabarat sebenarnya mengeluarkan wang 350 juta rupiah dari sebuah bank sebelum mempamerkannya di atas jalan raya sambil duduk tanpa memakai baju.

Hutabart tidak mempedulikan orang ramai yang memerhatikannya. Selepas meletakkan kesemua wang tersebut, dia melihat ke langit dan berkata: “Di atas langit masih ada langit. Apa Ertinya? Sudah kaya ada lagi yang kaya.”

“Ini wang asli. Semua di sini,” kata rakaman video yang menjadi tular sejak semalam.

Ketua Polis Tapanuli Tengah, Basa Emden Banjarnahor berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu dan Hutabart telah ditahan kerana menganggu lalu lintas.

“Polis Tapteng menahan lelaki itu yang disyaki mengalami tekanan mental kerana menganggu lalu lintas,” katanya.

Baca Lagi:Ramai yang tak tahu, ini 7 wasiat Raja-raja Melayu yang harus dipegang hingga kiniAhli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat, nama dicadang dipapar di laman webBerang dilayan macam orang miskin, tauke besar paksa pegawai bank kira duit RM3.7 juta secara manual

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments