Pemilik kedai gunting rambut disiasat, kepala budak lelaki berkurap teruk selepas gunting rambut

Pemilik kedai gunting rambut disiasat, kepala budak lelaki berkurap teruk selepas gunting rambut.

Pemilik kedai gunting rambut disiasat susulan kejadian seorang budak lelaki mengalami kurap teruk, tidak beberapa lama selepas menggunting rambut di premis itu, lapor Mirror UK.

Kayleigh Blair, 32, dari Sterling, Scotland, berkata, pada mulanya dia menyangka anaknya Connel, 7, menghidap alopecia selepas dia melihat tompok botak di kepalanya bulan lalu.

Tetapi seorang ahli farmasi memberitahu budak itu sebenarnya dijangkiti kurap yang dipercayai akibat jangkitan ketika di kedai gunting rambut terbabit.

Doktor kemudian menyedari jangkitan itu teruk dan Connel perlu dirawat segera. Pasukan perubatan terpaksa melakukan prosedur mengeluarkan sedikit kulit di kepala Connel dan dibersihkan sebelum kulit itu diletakkan semula.

“Oleh kerana kulit di kepalanya sangat rapuh, ia terkoyak dan pihak hospital terpaksa bergegas membawanya ke unit kemalangan dan kecemasan.

“Kulit kepalanya terlalu lembut untuk dijahit dan doktor menyedari bahawa jangkitan itu benar-benar teruk di bawahnya.

“Mereka terpaksa mengeluarkan separuh kulit pada tepi kepalanya dan dibersihkan sebelum meletakkannya semula. Connel terpaksa dibius kerana dia sangat takut,” kata Kayleigh.

Majlis Perbandaran Sterling mengesahkan seorang pegawai kesihatan alam sekitar sudah ke kedai gunting rambut berkenaan.

Pihak majlis juga menerima empat aduan tambahan kes seumpamanya berkaitan premis itu.

Baca Lagi:Wanita dua kali bergelar ibu tunggal menang Mrs Global International 2023Peniaga Pasar Siti Khadijah ‘bergocoh’ kerana berebut pelangganSemalam Gua Musang, kini MP Jeli dari Bersatu pula nyata sokongan kepada Anwar

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments