Budak perempuan 2 tahun maut, lapan jam ditinggalkan dalam kenderaan setelah ibu lupa hantar ke tadika

Budak perempuan 2 tahun maut, lapan jam ditinggalkan dalam kenderaan setelah ibu lupa hantar ke tadika.

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas lapan jam berada dalam kenderaan di Ara Damansara, di sini, akibat ibunya menyangka sudah menghantar mangsa ke tadika semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara, di sini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati pada jam 7 pagi, ibu mangsa berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa.

“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata, bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Baca Lagi:Suami isteri jual sate di Australia raih pendapatan hampir RM100,000 sebulan, hanya buka gerai 3 jam habis licin!Wanita tenung 3 minit sebelum larikan jongkong emas bernilai RM29,000 di MelakaKereta pameran pusat beli-belah rempuh pelanggan, jurujual tunjuk demontrasi mengaku tak pandai memandu

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments