Lelaki muncul sebagai ‘Hero’ selepas selamatkan kucing daripada dibaham ular sawa.
Seorang lelaki ‘dinobatkan’ sebagai hero selepas muncul menyelamatkan seekor kucing daripada dibaham ular sawa.
Menerusi perkongsian di TikTok Caun, video berkenaan memaparkan kucing yang digelar Si Putih itu sedang bergelut, dibelit haiwan berkenaan.
Kucing itu kemudiannya berjaya melepaskan diri setelah lelaki terbabit memukul ular sawa itu menggunakan kayu beberapa kali.
“Kasihan Si Putih hampir menjadi mangsa. Terima kasih abang sado telah menjadi penyelamat,” tulisnya pada kapsyen.
Perkongsiannya itu turut mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai apabila ada yang bersimpati terhadap kucing, tidak kurang juga kepada ular berkenaan, malah kedua-duanya.
“Kalau saya, pilih untuk selamatkan kucing daripada ular,” ujar D@n1.
“Aku lebih kasihankan kucing tu daripada ular. Jadi nak bersyukur sajalah,” kata seorang lagi pengguna.
@caun_s1k #kucing #ular #ularsawa #ularbesar #penyelamat #hero #alhamdulillah ♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN“Inilah hukum alam. Dua-dua makhluk Allah. Si ular, ya Allah aku lapar, si kucing pula ya Allah, selamatkan aku,” komen Abeel Qaiz.
“Satu penganiayaan terhadap ular, rezeki yang sudah hampir pasti terlepas begitu saja,” selar M.Pasir.
Baca Lagi:‘Hati saya di Gaza’ – Jururawat Amerika kongsi pengalaman menyentuh jiwa selama 26 hari di GazaSemalam Gua Musang, kini MP Jeli dari Bersatu pula nyata sokongan kepada AnwarOrang ramai kecoh lelaki tidak berbaju, berseluar pendek tayang duit RM100,000 di jalan raya