Ular sawa berat lebih 50kg ditemui kekenyangan telan lembu di ladang kelapa sawit

Ular sawa berat lebih 50kg ditemui kekenyangan telan lembu di ladang kelapa sawit.

Seekor ular sawa ditemui kekenyangan dipercayai selepas menelan seekor anak lembu, di ladang sawit Kampung Selekoh di sini, semalam.

Ular sawa sepanjang lebih lima meter dan berat melebihi 50 kilogram itu ditemukan pekerja ladang di dalam parit.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima laporan pada 11.21 pagi daripada penduduk setempat yang memaklumkan penemuan haiwan itu.

Menurutnya, sepasukan anggota segera ke lokasi kejadian dan menemukan seekor ular sawa di dalam parit di ladang sawit berkenaan.

“Anggota segera bertindak menangkap ular itu menggunakan peralatan khas dan kemudiannya membawanya pulang ke pejabat sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) Kerian untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, operasi berkenaan selesai pada 2 petang.

Seekor ular sawa ditemui kekenyangan dipercayai selepas menelan seekor anak lembu, di ladang sawit Kampung Selekoh, semalam. pic.twitter.com/X9p1R8Mscp

— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 9, 2023

Kampung Selekoh antara kampung yang kini sedang dilanda banjir di kawasan Alor Pongsu dengan dua PPS dibuka sejak dua minggu lalu.

Dua PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan SK Alor Pongsu yang kini menempatkan 154 mangsa daripada 43 keluarga.

Baca Lagi:Pakai simbol berkaitan perang Israel-Palestin di Singapura boleh dipenjara 6 bulanZizan hadiah abang motosikal Yamaha XMax bernilai RM25,000Ramai yang tak tahu, ini 7 wasiat Raja-raja Melayu yang harus dipegang hingga kini

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments